Kereta bertembung ragut nyawa seorang wanita di Jalan Ranau Lama

Keadaan Perodua Viva yang terlibat dalam kemalangan maut itu. – Ihsan Bomba

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



1 maut 4 cedera, Vigo dan Viva bertembung di Tuaran

TUARAN (14 NOVEMBER): Seorang wanita maut manakala empat lagi cedera apabila dua buah kenderaan iaitu Toyota Hilux Vigo dan Perodua Viva bertembung di Jalan Ranau Lama, Tamparuli, di sini, petang kelmarin.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian sejurus tugas mengeluarkan tubuhnya yang tersepit dari perut Perodua Viva selesai.

Picture
Mangsa yang maut berusia 28 tahun, manakala yang cedera – tiga lelaki berusia 19-45 dan seorang wanita berusia 20 tahun.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah, mangsa yang maut tersepit dalam Perodua Viva tetapi berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.


Sepasukan anggota bersama jentera diketuai Komander Operasi, PBK II Mahmud Jumah dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran digerakkan ke lokasi dengan jarak 25 kilometer dari BBP selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 3.08 petang menerusi talian MERS 999.

Mangsa yang cedera termasuk pemandu Vigo itu seterusnya dihantar ke hospital menaiki ambulans dan jentera EMRS untuk mendaparkan rawatan selanjutnya.

Sementara, mereka yang cedera membabitkan tiga lelaki lingkungan 19 hingga 45 serta wanita 20 tahun dikejarkan ke hospital dengan menggunakan ambulans dan jentera EMRS bagi menerima rawatan.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 6 petang.

SOURCE: BayuNews

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.