Jawatan Kosong SPANS / Jabatan Tanah & Ukur - Pelbagai Bidang & Jawatan Ditawarkan

Permohonan Jawatan Kosong Jabatan Tanah & Ukur.

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Permohonan Jawatan Kosong Jabatan Tanah & Ukur.

Berikut merupakan maklumat iklan jawatan kosong yang ditawarkan oleh majikan terlibat. Maklumat kekosongan ini adalah seperti yang diiklankan. Portal Kerja Kosong Sabah hanya menyiarkan semula informasi ini sebagai panduan untuk memudahkan anda membuat permohonan jawatan kosong terbabit. Untuk memohon sila rujuk maklumat dibawah.

Maklumat Jawatan Kosong

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk berkhidmat di Jabatan Bendahari Negeri Sabah bagi jawatan bertaraf Tetap / Kontrak seperti berikut :

1. PEGAWAI EHWAL EKONOMI GRED E41
  • Taraf Jawatan : Tetap
  • Bilangan Kekosongan : Satu (1)
  • Tempat Kekosongan : Kota Kinabalu
  • Jadual Gaji : RM2,083.00 – RM9,549.00
  • Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00
  • Diskripsi Tugas : Bertanggungjawab menjalankan perancangan pembangunan dan pengurusan sumber manusia. Mengawal selia dana-dana yang diperuntukkan, mengurus tadbir agensi/ cawangan, mewakili agensi dalam jawatankuasa/ pertubuhan berkaitan industri peringkat negeri/ negara. Memastikan peraturan-peraturan kerajaan berkaitan perkhidmatan, perolehan, perjawatan, kemudahan dan sebagainya dilaksana dan dipatuhi. Menyediakan laporan prestasi agensi kepada Ahli Lembaga dan stakeholders berkenaan. Turut bertanggungjawab merancang dan melakukan pemeriksaan/ siasatan berkala/ khas ke atas syarikat/ pegawai-pegawai syarikat, menerima dan mengambil tindakan terhadap aduan-aduan yang diterima.

2. PEGAWAI PENILAIAN GRED W41
  • Taraf Jawatan : Sementara
  • Bilangan Kekosongan : Satu (1)
  • Tempat Kekosongan : Kota Kinabalu
  • Jadual Gaji : RM2,094.00 – RM9,585.00
  • Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00
  • Diskripsi Tugas : Bertanggungjawab menilai bagi pihak kerajaan negeri dan agensinya, kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan, badan-badan berkanun dan pertubuhan perbadanan di mana kerajaan atau kerajaan negeri mempunyai kepentingan dan juga untuk mana-mana orang lain sebagaimana yang ditetapkan oleh menteri mengenai perkara-perkara berkaitan dengan penilaian harta tanah, pembangunan dan pengurusan harta tanah.

3. PEMANDU KENDERAAN GRED H11
  • Taraf Jawatan : Tetap
  • Bilangan Kekosongan : Dua Puluh Empat (24)
  • Tempat Kekosongan : Seluruh Sabah
  • Jadual Gaji : RM1,218.00 – RM2,939.00
  • Kenaikan Gaji Tahunan : RM 80.00
  • Diskripsi Tugas : Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan lesen memandu daripada Jabatan Pengangkutan Jalan serta menjaga kenderaan/jentera di bawah kelolaannya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan. Antara kenderaan/jentera yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini ialah kereta, van, kenderaan ringan pacuan empat roda, bas, lori, dumper, roller dan traktor pertanian.

4. PEMBANTU AWAM GRED H11
  • Taraf Jawatan : Tetap
  • Bilangan Kekosongan : Seratus (100)
  • Tempat Kekosongan : Seluruh Sabah
  • Jadual Gaji : RM1,218.00 – RM2,939.00
  • Kenaikan Gaji Tahunan : RM 80.00
  • Diskripsi Tugas : (i) Menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam dan luar bangunan pejabat dan tugas-tugas berkaitan sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang kerja. (ii) Menjalankan tugas pemanduan enjin sangkut/motorbot. (iii) Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh ketua jabatan.

5. PEMBANTU PENILAIAN GRED W19
  • Taraf Jawatan : Tetap
  • Bilangan Kekosongan : Tiga (3)
  • Tempat Kekosongan : Kota Kinabalu
  • Jadual Gaji : RM1,353.00 – RM4,005.00
  • Kenaikan Gaji Tahunan : RM 100.00
  • Diskripsi Tugas : Bertanggungjawab menerima arahan dan menjalankan penilaian harta tanah dan pentadbiran, menjalankan latihan dan penyelidikan, mendapatkan kelulusan terhadap nilaian yang melebihi kuasa untuk melaporkannya dan lain-lain kelulusan terhadap perkara dinyatakan di atas.

6. PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11
  • Taraf Jawatan : Tetap
  • Bilangan Kekosongan : Satu (1)
  • Tempat Kekosongan : Kota Kinabalu
  • Jadual Gaji : GRED KP11:RM1,205.00 – RM2,939.00
  • Kenaikan Gaji Tahunan : RM 80.00
  • Diskripsi Tugas : Bertanggungjawab melaksanakan tugas kawalan keselamatan aset kerajaan melibatkan keselamatan fizikal, dokumen dan personel di bangunan dan premis kerajaan termasuk kawasan-kawasan yang diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298).

7. PENOLONG JURUUKUR BAHAN GRED JA29
  • Taraf Jawatan : Tetap
  • Bilangan Kekosongan : Tigabelas (13)
  • Tempat Kekosongan : Seluruh Sabah
  • Jadual Gaji : RM1,860.00 – RM5,701.00
  • Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00
  • Diskripsi Tugas : Bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja ukuran tapak projek perumahan yang dikendalikan oleh CPPP/ PIMB dan tapak-tapak projek jabatan lain di bawah KPKT termasuk kerja-kerja ukuran as-built, semakan aras, semakan butiran, semakan keluasan dan pengesahan sempadan tapak termasuk menguruskan cadangan pelantikan perunding ukur tanah dan membantu dalam urusan pentadbiran tanah.

8. PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI GRED E29
  • Taraf Jawatan : Tetap
  • Bilangan Kekosongan : Dua (2)
  • Tempat Kekosongan : Kota Kinabalu
  • Jadual Gaji : RM1,493.00 – RM5,672.00
  • Kenaikan Gaji Tahunan : RM 145.00
  • Diskripsi Tugas : Bertanggungjawab melaksana, memantau, melapor urusan operasi aktiviti-aktiviti dan program pembangunan pemasaran, pembangunan tani dan tanaman integrasi, pengawalan kualiti dan keselamatan, pengurusan stor, perdagangan domestik dan eksport, pemprosesan dan pembangunan produk, penguatkuasaan undang-undang, menjalinkan hubungan kerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan, merancang peruntukan kewangan dan menyediakan laporan aktiviti yang berkaitan.

9. PEMBANTU TADBIR TANAH GRED NT19
  • Taraf Jawatan : Tetap
  • Bilangan Kekosongan : Tigabelas (13)
  • Tempat Kekosongan : Seluruh Sabah
  • Jadual Gaji : RM1,352.00 – RM4,003.00
  • Kenaikan Gaji Tahunan : RM 100.00
  • Diskripsi Tugas : Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pentadbiran tanah di peringkat kumpulan pelaksana berhubung urusan permohonan tanah, penyiasatan tanah, urus niaga tanah, hasil tanah, penguatkuasaan tanah dan tugas-tugas lain yang berkaitan dengan tanah yang ditentukan dari semasa ke semasa.

Cara Memohon :
i. Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari laman sesawang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat https://espans.sabah.gov.my/login/awam.php ATAU sila klik pada pautan link "Iklan dan permohonan jawatan secara online" di bawah.

ii. Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.

iii. Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

iv. Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (04) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

v. Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir / kad pengenalan pemohon / kad pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

vi. TARIKH AKHIR PERMOHONAN ADALAH PADA 18 JANUARI 2023, JAM 11.59 MALAM.

Iklan dan permohonan jawatan secara online disini


SOURCE: Kerjaya Sabah

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.