Anak pemilik restoran disyaki dibunuh, kenderaan dibakar

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Anggota polis ketika mengangkat mayat mangsa.
(📸 ©KOSMO)

Empat hari hilang rupanya Naufal dibunuh, trak pikap dibakar

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Sebuah pacuan empat roda dipercayai milik mangsa turut dibakar di kawasan sama.
(📸 ©Foto IHSAN POLIS)
SANDAKAN – Seorang lelaki dilaporkan hilang sejak Ahad lalu ditemui mati dipercayai dibunuh dalam kawasan semak berhampiran sebuah ladang di Kampung Sungai Memanjang , di sini pagi tadi.

Dalam penemuan kira-kira pukul 11 pagi itu, mayat mangsa dikenali sebagai Naufal Abdul Rashid, 35, ditemui sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan.


Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan Ramasamy A/L Kuppan berkata, penemuan mayat terbabit susulan laporan awal diterima pihaknya berkaitan sebuah trak pikap ditemukan dalam keadaan terbakar di kawasan terbabit.

“Sepasukan polis digerakkan ke tempat berkenaan untuk pemeriksaan lanjut. Sejurus tiba di lokasi kejadian, anggota bertugas mendapati memang terdapat sebuah kenderaan pacuan empat roda terbakar namun tiada individu di dalam kenderaan terbabit.

“Anggota polis kemudiannya menjalankan pemeriksaan di sekitar lokasi kenderaan itu sebelum menemui satu mayat lelaki yang disyaki berkaitan satu laporan orang hilang pada Ahad lalu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, Ramasamy berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Duchess Of kent (HDOK) Sandakan untuk tujuan bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Terdahulu, tular di media sosial sejak pagi tadi mengenai kehilangan seorang lelaki yang juga anak tauke restoran Supreme kira-kira pukul 3 petang pada Ahad lalu.
(📸 ©Media Sosial)
Dalam kenyataan yang tular itu diminta sesiapa yang tau keberadaan saudara ini (Naufal Bin Abdul) sila call Omar Kassim.-KOSMO! ONLINE

SOURCE: KOSMO

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

Previous Post Next Post