Penyanyi veteran Khadijah Ibrahim terbabit kemalangan di Beaufort

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Foto: Balai Bomba Beaufort.
(📸 ©malaysiagazette.com)
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


Khadijah Ibrahim kemalangan di Sabah, alami kecederaan ringan

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
Keadaan kereta pacuan empat roda dinaiki Datuk Khadijah Ibrahim yang terbabit kemalangan dengan sebuah Toyota Avanza dekat Taman Kinamas, Jalan Beaufort - Kota Kinabalu, Beaufort, Sabah petang tadi.
(📸 © Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat)
BEAUFORT – Penyanyi veteran Datuk Khadijah Ibrahim, 64, cedera akibat kemalangan jalan raya di Jalan Kinamas di sini, petang tadi.

Kejadian berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda dinaiki Khadijah bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di jalan terbabit, namun keadaan penyanyi itu dilaporkan baik.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, lima mangsa yang cedera dalam kemalangan itu dapat keluar sendiri dari kenderaan masing-masing.

Sebanyak 10 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Beaufort tiba di tempat kejadian pada 5.34 petang untuk membantu mangsa dan operasi tamat sepenuhnya pada 6.10 petang.

“Dua mangsa dalam kenderaan MPV dan tiga dalam pacuan empat roda telah dihantar ke hospital oleh orang awam.

“Tindakan pasukan bomba hanya mengambil maklumat dan memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian,” katanya. – Bernama

SOURCE: malaysiagazette.com

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

Previous Post Next Post