Malaysia Berisiko Gempa Bumi Lebih Besar
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Utusan) - Gunung Kinabalu dan Lahad Datu di Sabah berisiko mengalami gempa bumi lebih besar kerana berada di atas garisan sesar yang masih aktif.
Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains, Dato' Yunus Abd Razak berkata, berdasarkan kajian mendapati, lebih daripada 80 gempa bumi dengan skala antara 3.8 hingga 5.9 pada skala Richter berlaku sejak tahun 1897 hingga kini.“Gempa bumi yang berlaku di Gunung Kinabalu pada Jumaat lalu merupakan gempa yang paling besar terjadi di negara ini dengan magnitud 5.9 apabila pusat gempanya berada sebaris dengan garis sesar aktif tersebut.
“Oleh itu, cadangan mewujudkan pusat khas untuk memantau gempa bumi wajar dilaksanakan agar pemantauan terhadap kelakuan dan pergerakan tanah di kawasan berisiko dapat dilakukan supaya dapat memberi amaran awal kepada kita,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan agar sebuah pusat khas untuk memantau pergerakan atau gempa bumi perlu diwujudkan bagi mengesan sebarang kemungkinan bencana itu pada masa akan datang.
Timbalan Perdana Menteri mahu Jabatan Mineral dan Geosains mengkaji keperluan tersebut dengan melibatkan tenaga pakar dari dalam dan luar, khususnya pakar dari negara-negara yang selalu berdepan dengan gempa bumi seperti Jepun.
PROF Dr Felix Tongkul is a geologist with Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Menurut Yunus, beberapa langkah akan diambil dalam masa terdekat demi merealisasikan keperluan itu apabila beberapa cadangan serta langkah-langkah telah dikemukakan.
“Alat pengesanan gegaran gempa bumi seperti seismometer sebagaimana Jabatan Meteorologi laksanakan perlu ditambah lebih banyak bagi memantau kejadian itu dari semasa ke semasa.
“Selain itu, memandangkan kepakaran berkaitan pemantauan ada di negara jiran, maka ruang sedia ada melalui ASEAN akan digunakan bermula dengan negara Indonesia.
“Kita juga akan mengadaptasi sistem yang digunakan negara-negara yang berpengalaman berhadapan gempa bumi selain berbincang mengenai pengoperasian dan keperluan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Kumpulan Penyelidikan Kejuruteraan Seismologi dan Gempa Bumi Struktur, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Dr. Azlan Adnan berkata, Semenanjung Malaysia khususnya di Kuala Lumpur juga tidak terkecuali daripada mengalami gempa bumi kerana kebanyakan bangunan di Kuala Lumpur dibina berhampiran garisan sesar yang aktif..
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
إرسال تعليق