Anak Pedalaman ambil Cabaran 24 Jam Tidur berbekalkan Kelambu di Atas Pokok! Hanya ingin mendapatkan capaian Internet untuk Peperiksaan Online!

Veveonah Mosibin, 18, pelajar jurusan Asasi Sains UMS memuat naik video pengalaman dilaluinya menerusi saluran YouTube miliknya dengan tajuk 24 Hours On Tree | Challenge (Cabaran 24 jam atas pokok).

Mengkagumkan, pelajar pendalaman ambil cabaran peperiksaan di atas Pokok untuk Capaian Internet Laju dan seterusnya bermalam hanya berbekalkan Kelambu!

Dia begini, adik Veveonah Mosibin ni pelajar Asasi Sains sebuah IPT Awam. Anak kelahiran Pitas. Masih muda, baru 18 tahun. Perempuan.

M
ungkin disebabkan pandemik Covid-19 beliau diizinkan untuk pulang ke rumah. Dia memang ada saluran youtube sendiri, di situ lah dia selalu kemas kini aktiviti harian yang dia buat.


Dan macam biasa, lahir dari latar belakang etnik yang mahir bertani, diorang semestinya ada ladang atau kebun yang diusahakan sendiri.


Kalau diikutkan cerita adik kita ni dia memang ada bina sebuah pondok di atas bukit untuk tujuan dia ambik ujian secara atas talian ni. Satu masalah tempat dia tinggal ni. Liputan internet kadang-kadang "lidut".


Malangnya sebab sibuk membantu keluarga di kebun, mungkin mengurus tagad (padi huma) atau jagung mereka, selain juga menolong menoreh getah, jadi dia tiada masa untuk jenguk pondok yang telah siap dibina.

Jadi beberapa hari sebelum tu memang ada angin kuat dan hujan lebat, tak sangka disebabkan itu pondok dia bina musnah.


 Pondok yang dibina atas bukit oleh Veveonah sebagai persediaan menjawab peperiksaan rosak akibat ribut menyebabkan pelajar itu terpaksa memanjat pokok.
Memandangkan sebelah pagi dia akan mengambil ujian kimia dan sebelah petang pula Pengajian Malaysia, mana dia terpaksa mengulang kaji lagi apa yang patut, mahu tak mahu terpaksa la dia panjat salah satu pokok yang terdapat di kawasan bukit tu untuk pastikan dia mendapat liputan internet jalur lebar yang baik.


Hanya berbekalkan kelambu, "power bank", bekalan air dan bungkusan nasi tradisi atau dikenali sebagai linopot yang dibawa dia pun gagahkan diri untuk mengambil ujian sebelah pagi dan petang.

Tamat ujian atas talian dia tak terus balik, dia tidur sepanjang malam di atas pokok tu berbekalkan apa yang dia ada dan hanya pulang keesokan pagi nya.

 Veveonah berada dalam kelambu atas pokok pada waktu malam dengan berbekalkan lampu telefon bimbit.

Bila saya baca tu, saya macam! Wow!! Masih muda! Baru 18 tahun! Perempuan lagi tu!! Habiskan masa selama 24 jam sendiri-sendiri di kawasan bukit dan tidur sepanjang malam di kawasan belukar di atas sebatang pokok.

Sendiri-sendiri! Bermalam! Seorang perempuan! Dalam usia yang begitu muda!! Adui benda pertama timbul di fikiran saya terus tak takut ka kalau tiba-tiba ada entiti yang mengusik malam? Ada rambut panjang mengurai tiba-tiba masuk kelambu nya ka? 😅😅😅😅 Serius la!!😅

Bahkan dia sendiri mengalami detik-detik mencemaskan bila seekor tebuan tersesat masuk dalam kelambunya tu.


Bukan mau merendahkan orang perempuan aahh, tapi biasanya kebanyakan waktu kalau perempuan lain di tempat dia ni sudah kelam-kabut tu! Lipas terbang jak pun huru-hara sudah 😅

Memang bukan calang-calang la adik ni! "Salute".

Sama satu lagi yang buat saya tertarik. Bekalan linopot yang dia bawa tu.


Linopot ni kalau bahasa Dusun maksud dia bungkusan. Berasal dari kata 'lopot' maksudnya bungkus.

Kalau ikut tradisi betul-betul untuk menghasilkan linopot bahan utama yang mesti kita gunakan adalah padi huma/padi bukit.

Ia boleh jadi nasi semata-mata, atau kadangkala nasi yang digaul dengan gu'ol (keladi), tawadak (labu manis), mundok (ubi kayu) atau kasou (keledek).

Daun untuk membungkus pun ada macam-macam. Biasanya ada 7 jenis tu antaranya wonihan, punti (pisang), timadang (tarap), kobu, tintap, longkobung dan toropoi. Mulai dari wonihan sama kobu ni saya 'lost' suda tak tahu apa terjemahan dalam bahasa Melayu, siou 🙏

setiap satu helai daun mencipta aroma tersendiri. Sekaligus menjadikan rasa linopot tu sendiri unik.

Dengan sikut-sikut nya lagi, semua keperluannya dia isi di situ. Memang unik la. Pemandangan yang jarang.


Untuk melihat cabaran 24 jam di atas pokok beliau, boleh tengok video nya dekat pautan ini :



Daripada kesukaran yang ditempuhi dalam hidup, saya yakin itu semua ibarat satu proses untuk menghasilkan berlian yang sangat berkualiti. Semoga adik kita ni lulus dengan cemerlang dalam ujian yang dia ambil.

Panjat pokok sebab nak jawab peperiksaan online


Masalah liputan jalur lebar yang terhad tidak mematahkan semangat seorang pelajar Insititut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berasal dari Kampung Sapatalang, Pitas, Sabah yang sanggup tidur di atas pokok semata-mata untuk menjalani peperiksaan secara dalam talian.

Veveonah Mosibin, 18, pelajar jurusan Asasi Sains memuat naik video pengalaman dilaluinya menerusi saluran YouTube miliknya dengan tajuk 24 Hours On Tree | Challenge (Cabaran 24 jam atas pokok).

Video berdurasi 11 minit 21 saat itu memaparkan Veveonah terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet yang 'kuat' sepanjang peperiksaan (dalam talian) berlangsung pada 9 Jun lalu.

Dalam video tersebut, pelajar itu mendedahkan, dia terfikir untuk melakukan cabaran itu setelah sebuah pondok yang dibina di atas bukit bagi tujuan persediaan menghadapi peperiksaan rosak dipercayai akibat cuaca buruk.

"Sebelum ini saya telah bina pondok sebagai seperti video yang saya muat naik sebelum ini namun pagi ini (9 Jun), saya lihat ia telah rosak kerana saya sudah lama tidak datang, sudah berminggu-minggu kerana banyak kerja. Kerja di ladang, menoreh getah dan tolong ibu bapa.

"Jadi saya tidak tahu keadaan pondok itu. Bila saya datang rupanya sudah rosak," katanya dalam video tersebut.

Berbekalkan kelambu, telefon bimbit, pengecas mudah alih (power bank), sebotol air dan beberapa bungkus nasi serta peralatan untuk menjawab peperiksaan, Veveonah berada di atas pokok tersebut dalam tempoh 24 jam dari jam 7.30 pagi.

Pelajar itu mengambil peperiksaan bagi subjek Kimia sebelah pagi dan subjek Pengajian Malaysia pada sebelah petang.

Ketika berada di atas pokok itu, Veveonah juga terpaksa berdepan detik cemas apabila seekor tebuan tanah bersaiz besar tersesat masuk ke dalam kelambunya.


"Agaknya tebuan ini tersesat. Ni kalau menggigit ni, memang sakit," kata Veveonah yang membuka kelambu bagi menghalau serangga itu keluar.

Selesai menduduki peperiksaan pada sebelah petang, Veveonah tidak pulang sebaliknya kekal berada di atas pokok untuk tidur dan pulang keesokan paginya.

Pelajar ini mula aktif sebagai 'YouTuber' sejak April lalu dan terdapat empat lagi video lain yang dimuat naik sejak sebulan lalu yang memaparkan perkongsian teknik cara hidup tradisional.


Post a Comment

أحدث أقدم