Lelaki mengamuk, gagal dapat duit beli dadah dari nenek

Suspek ditahan selepas mengamuk sambil memegang parang kerana tidak diberi duit. FOTO IHSAN PDRM

Tak dapat duit beli dadah, lelaki mengamuk dengan parang



BEAUFORT: Seorang lelaki berumur 43 tahun mengamuk memegang sebilah parang selepas gagal mendapatkan wang daripada neneknya di Kampung Kerukan Kuala Penyu, di sini.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata suspek turut mengugut ingin membunuh orang dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi.

“Hasil siasatan mendapati permintaan suspek untuk meminta wang daripada neneknya yang berumur 71 tahun tidak dipenuhi menyebabkan suspek mengamuk sebelum mengambil sebilah parang dan menjerit ingin membunuh orang.

“Perbuatan suspek kemudiannya menakutkan neneknya sebelum laporan polis dibuat di Balai Polis Kuala Penyu pada jam 12.26 tengah hari semalam,” katanya.

Menurutnya hasil siasatan juga mendedahkan suspek sebelum ini pernah mengamuk selepas tidak diberikan wang lalu menetak dinding rumah dan tangga di dalam dapur.


Seorang lelaki mengamuk sambil memegang parang selepas gagal mendapatkan wang daripada neneknya dipercayai untuk membeli dadah dalam kejadian di Kampung Kerukan, Kuala Penyu di sini, semalam.
"Bertindak dengan laporan itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort ke lokasi kejadian.


"Suspek berjaya diberkas oleh anggota polis Balai Kuala Penyu sebelum diserahkan kepada anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Beaufort untuk tindakan lanjut.


"Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu melakukan ugutan jenayah," katanya.

Post a Comment

أحدث أقدم