Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Senior Asisten Komisioner Yusuh Mat Tais |
KOTA KINABALU: Aktiviti rentas daerah di negeri ini masih memerlukan surat atau permit kebenaran daripada polis berikutan belum ada prosedur operasi standard (SOP) yang baharu dikeluarkan.
Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Senior Asisten Komisioner Yusuh Mat Tais berkata, pergerakan merentas negeri bagi individu yang sudah menerima dua dos vaksin yang lengkap juga belum diaplikasikan.
Beliau berkata, pada masa ini Sabah masih menggunapakai prosedur operasi standard (SOP) terdahulu kerana kerajaan negeri belum mengeluarkan SOP.
Ketika ini, di Sabah masih menggunakan SOP yang dikemas kini pada 6 Ogos lalu dan orang ramai perlu meminta kebenaran dan permit polis untuk merentas daerah.
“Kita mendapati ramai yang keliru dengan pertukaran SOP terutamanya selepas pengumuman di peringkat kerajaan Pusat baru-baru ini. Kelonggaran diumumkan itu masih belum diguna pakai di Sabah sehingga SOP baharu dikeluarkan.
“Maka, orang ramai dinasihatkan untuk terus mengamalkan disiplin diri kerana kita masih berhadapan cabaran jangkitan sporadik yang menjangkiti komuniti dalam diam,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas program Op Bantu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu hari ini.
Yusuh berkata, pasukan pemantau pematuhan SOP akan terus digerakkan bagi memastikan tiada aktiviti berkumpul secara beramai-ramai di pasar raya atau kesesakan luar biasa di kawasan tumpuan orang awam.
“Kita akan memberikan nasihat melalui team pemantauan dengan menggunakan kereta peronda polis (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB). Sekiranya ada pihak yang berdegil, kita akan memberikan kompaun mengikut undang-undang sedia ada,” katanya.
Tambahnya, pasukan polis akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengawal keadaan keselamatan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) disamping membantu menangani kesesakan luar biasa di PPV.
Yusuh berkata, penugasan ini akan dilakukan agensi lain seperti Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) berikutan kekangan keanggotaan polis yang melakukan penugasan lain di SJR serta tugas pematuhan SOP.
إرسال تعليق