Datuk Seri TC Goh tegaskan tiada lagi 'politik' dalam pasukan Sabah FA

A picture of a young Vladimir Cheskidov.
CEO Sabah Rhinos, Datuk Seri Panglima TC Goh turut bersama pasukan selepas selesai sesi latihan di Stadium Likas, petang ini.
(📸 ©1SABAH)
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


TIADA LAGI ‘POLITIK’, SEMUA PERLU SATU HATI : GOH

“JANGAN lagi main ‘politik’, kita dalam pasukan mesti bersatu hati…jangan main ‘cucuk-cucuk’!

Demikian tegas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah Rhinos, Datuk Seri TC Goh kepada para pemain dan pegawai pasukan utama negeri.

Beliau berkata, semua yang pemain yang dipilih setakat ini dipilih sendiri oleh George tanpa ada ‘politik’ dalaman.

“Beliau (George) datang ke sini seperti satu kertas putih, dia tidak kenal dengan mana-mana pemain dan jika dia telah membuat pilihan maka pemain itu ada keistimewaannya sendiri.

“Oleh demikian saya harap pemain yang telah dipilih menghargai peluang ini serta menimba lebih banyak pengetahuan daripada orang yang lebih berpengalaman,” katanya.

Sementara itu, Goh meminta peminat dan penyokong Sabah supaya tidak terlalu teruja walaupun pasukan berkenaan berjaya mengikat bekas penyerang Liverpool, El Hadji Diouf.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah Rhinos, Datuk TC Goh, berkata masih terlalu awal untuk mengukur kekuatan pasukan kerana proses pembentukan pasukan masih berjalan.


“Saya berharap penyokong Sabah Rhinos supaya bersabar dan bagi peluang pasukan kita ini dibentuk dulu,…jangan terlalu teruja walaupun kita suka dengan ‘excitement’.

“Selain itu, saya juga meminta peminat untuk tidak terlalu mengkritik pasukan Sabah, ia terlalu awal untuk kita kritik pasukan ini…biar kita mulakan dengan ‘tapak’ pertama, kita bagi peluang barisan jurulatih menjalankan tugas mereka dan kita akan tengok bagaimana persembahan kita nanti,” katanya, di sini, semalam.

Goh berkata, pembentukan pasukan kini berada dalam proses akhir dan dijangka senarai pemain untuk musim 2015 akan diumum penghujung bulan ini.

“Setakat ini kita memiliki El Hadji Diouf dan Mitrovic Srecko sebagai pemain import dan kita juga menunggu ketibaan pertahanan tinggi lampai dari Brazil, Ricarte Dos Santos yang dijangka tiba minggu depan.

“Selain itu, Pengurus pasukan kita, George O’Callaghan masih mencari seorang penyerang import berkualiti yang dijangka akan tiba di Kota Kinabalu, minggu depan,” katanya.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

Previous Post Next Post