Perlawanan yang bermula jam 8 malam itu juga menjadi ujian pertama pengurus pasukan, George O’Callaghan selepas mengendali Sabah Rhinos sejak beberapa bulan lalu.

Sejak kehadiran George dalam skuad utama negeri, telah banyak perubahan dilakukan demi memantapkan pasukan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia, musim depan.


Perlawanan malam ujian pertama bagi George

Perlawanan malam ini menjadi ujian pertama George.Antara langkah besar yang dilakukan beliau ialah membawa masuk Diouf ke dalam pasukan selain beberapa pemain import tempatan yang lebih berkualiti.

George ketika ditemui selepas sesi latihan kelmarin bagaimanapun bersikap rendah diri dan menjangkakan satu pertemuan sengit antara dua pasukan dari Borneo itu.

“Kita mahu melihat sejauh mana perkembangan pasukan sejak sebulan yang lalu dan kita juga tahu pasukan Sarawak sebuah pasukan yang bagus,” katanya.

Pengurus yang berasal daripada Ireland itu turut mendedahkan semua pemain importnya akan turut terlibat pada perlawanan malam ini namun kemungkinan Eamon Zayed serta Tales Ricarte Dos Santos hanya akan berada di bangku simpanan.
George berbincang sesuatu dengan Zayed pada sesi latihan, kelmarin.
George berbincang sesuatu dengan Zayed pada sesi latihan, kelmarin.
“Pemain import kita masih dalam proses ‘pemulihan’, Zayed dan Santos juga masih sedikit kepenatan kerana perjalanan yang sangat jauh untuk tiba di sini…kita akan memberi lebih banyak peluang kepada pemain tempatan untuk beraksi dan ini juga peluang mereka untuk mempamerkan kebolehan mereka,” katanya.
Santos
Santos
Dua lagi pemain import iaitu Andrezinho Esposito dan Mitrovic Srecko dijangka akan turut diturunkan pada malam ini.
Sementara itu, pembantu pengurus Sabah Rhinos, Rahman Zakaria, menyeru para peminat untuk datang ke Stadium Likas bagi memberikan sokongan kepada pasukan utama negeri yang berwajah baharu.
Rahman menyeru para peminat turun memberi sokongan kepada Sabah Rhinos, malam ini
Rahman menyeru para peminat turun memberi sokongan kepada Sabah Rhinos, malam ini
“Penyokong telah banyak membantu pasukan selama ini dan saya harap ianya akan berterusan terutama selepas kita membawa masuk pemain yang lebih berkualiti,” katanya.