KKM siasat kelewatan Fasa 2 Hospital Papar

KHAIRY (kanan) bersama Ferro (kedua kiri) semasa lawatan hospital itu.

tindakan susulan dalam masa terdekat - KJ

PAPAR: Kementerian Kesihatan (KKM) akan membuat penilaian berhubung kelewatan projek fasa dua Hospital Papar yang dijadualkan siap pada tahun lepas, sebelum memutuskan tindakan selanjutnya dalam masa terdekat.

Kata Khairy, beliau akan berbincang dengan Fadillah untuk membuat keputusan seterusnya berhubung projek berkenaan. - BERNAMA
Menterinya Khairy Jamaluddin berkata hanya 22 peratus daripada pembinaan bangunan hospital yang dianggarkan bernilai RM86 juta itu berjaya disiapkan mengikut jadual, manakala dewan pembedahan baharu hospital itu pula didapati tidak dapat digunakan kerana tidak mengikut spesifikasi.

"Saya telah minta KSU (Ketua Setiausaha KKM) untuk turut melihat status dewan pembedahan yang ada di hospital ini untuk melihat sama ada dapat diselamatkan ataupun tidak," katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Papar di sini hari ini.


Katanya beliau akan berbincang dengan Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof untuk membuat keputusan seterusnya berhubung projek berkenaan.

"....sebelum itu kita kena buat penilaian dahulu, lihat apa sebab berlaku kelewatan," tambahnya.


Khairy berkata sekiranya kontrak bagi pembinaan itu ditamatkan, Kementerian Kesihatan perlu berbincang dengan Kementerian Kewangan untuk menilai semula status projek itu. -- BERNAMA

Kongsikan artikel ini:


***Jangan lupa langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.