Pemain TABS SAFA Bandaraya Enel Tan dilamar Akademi VfL Wolfsburg

Pemain Tunas Asas Bola Sepak(TABS) SAFA Bandaraya Enel Tan diamar Akademi VfL Wolfsburg

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Pemain TABS Safa Bandaraya, Enel Tan mendapat tawaran menyertai Akademi Bolasepak Bawah 15 tahun VfL Wolfsburg, kelab Divisyen Satu Bundesliga Jerman.

Tawaran itu diterima daripada kelab berkenaan bulan lalu, menurut ayahnya, Danny Tan. Danny berkata, berdasarkan tawaran itu, anaknya dijangka mengikat kontrak dengan kelab berkenaan antara dua hingga tiga tahun.


Katanya, beliau akan menghantar anaknya ke Jerman sebaik sahaja urusan visa selesai. “Buat masa ini saya mengurus visa dan selepas memperolehnya, saya dan isteri akan menemaninya ke sana,” katanya.

Enel, 13, salah seorang pemain remaja yang digilap TABS Safa Bandaraya, badan yang mengendalikan program pembangunan bola sepak belia Sabah turut dipantau Persatuan Bolasepak Sabah (Sabah FA).

Sebelum ini, pemain remaja itu turut terpilih mengikuti latihan selama dua minggu di Cardiff City, Wales.


Dalam perkembangan lain, Enel bersama rakannya Mohd Hizaz Lokman, 14, turut dipanggil Safa Bandaraya mengikuti latihan persediaan bersama pasukan bawah 18 tahun Sabah menghadapi Kejohanan Piala Borneo di Kota Kinabalu, 6 Januari ini.

Hizaz adalah pelajar Sekolah Sukan Negeri (SSN) Pulau Pinang, SMK Mutiara Impian yang pulang ke Sabah sepanjang cuti persekolahan.

Roudell Enel Tan, berumur 13 tahun. Pemain TABS Bandaraya telah dilamar oleh Akademi Wolfsburg FC.

Berdasarkan kontrak tersebut, Enel dijangka akan bersama akademi tersebut selama 2-3 tahun.

Sebelum ni juga, Enel terpilih untuk mengikuti latihan selama 2 minggu bersama Cardiff City FC di Wales.

Wolfsburg FC adalah Kelab Divisyen Satu Bundesliga German.

TAHNIAH ENEL..!! WE ALL PROUD OF YOU.


Sumber

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.