Sadis! Jumpa Mayat Reput Setelah Setahun Lori Jatuh Dalam Gaung di Keningau Sabah

Picture
Jumpa Mayat Reput Setelah Setahun Lori Jatuh Dalam Gaung
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


Sebuah lori dan mayat dengan bahagian badan yang mereput telah dijumpai oleh orang kampung ketika mereka memotong semak di Keningau, Sabah.

Setelah disiasat oleh pihak berkuasa, lori itu telah mengalami kemalangan dan jatuh di dalam gaung tersebut sejak setahun yang lalu.

Picture

Penemuan itu juga merungkai kehilangan seorang mangsa iaitu seeorang lelaki Melayu yang tidak pulang kerumah semenjak bulan Januari 2014.

Sedih pula ni


MAKLUMAN KES KEMALANGAN MAUT
LOKASI : KM.16, JLN KGAU/KIMANIS .
TKH/MASA KEJADIAN:
03/01/2014 JAM 1555 PTG.

BUTIR-BUTIR MANGSA KEMALANGAN;
Mangsa dipercayai maut:
1) Sharif Bin Marsuki/14 Jun 1986/Bugis/ MDK 33 Kpg Masjid Keningau


Ringkasan Kejadian:

Pd 03/01/2015 jam lbh kurang 1555 ptg , DCC Keningau terima satu laporan org awam telah menjumpai 1 m/lori di gaung lebih kurang 30 meter dari jalan utama semasa mereka memotong semak di tanah miliknya. salah seorang telah terlihat lori tersebut dan terus bergerak ke arah lori itu. sampai di tempat kejadian saksi menemui satu tengorak manusia tanpa rangka di bahagian hadapan sebelah pemandu.

Picture
Seterus Peg Bertugas Insp Nor Shahidan memaklumkan Io (t) bertugas 24 jam berkenaan kejadian tersebut. Io(t) dan Aio (t) ke tempat kejadian dan mengesahkan tengorak adalah milik manusia.

Picture
Io dan Aio ke rmh yang dipercayai ahli keluarga mangsa berdasarkan nama syarikat yang dipamerkan di pintu kenderaan. Setelah mendapat maklumat daripada ibu mangsa Jumrah Husen memaklumkan anaknya Sharif bin Marsuki telah lama tidak pulang dan tiada khabar sejak dari bulan 1 tahun 2014 lagi. Kad perakuan JPJ dan Insuran Kenderaan, no pendaftaran dan gambar dipercayai mangsa juga diperolehi. Laporan orang hilang tidak dibuat oleh keluarga sehingga dimaklumkan oleh pihak polis hari ini.


1) Keadaan cuaca: baik/cerah
2) Keadaan jalan:kawasan selekoh menuruni bukit, berturap tar, garisan berkembar .
3) Mangsa disyaki terbabas dan gagal mengawal kenderaan

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.