Bila Google Malaysia Nafi Beli Aplikasi Rekaan Pelajar Sandakan Sabah

Kickbola.net
Bila Google Malaysia Nafi Beli Aplikasi Rekaan Pelajar Sabah
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Berikutan dakwaan seorang pelajar bahawa pihak Google membeli aplikasi Android miliknya, Google Malaysia telah tampil menafikan perkara ini.

Mereka tidak melakukan sebarang penganugerahan sebarang projek atau pemberian wang tunai kepada mana-mana remaja yang dikatakan telah mencipta aplikasi untuk perkhidmatan mesej Internet yang boleh menterjemah mana-mana bahasa serta merta.

Sebelum ini dikatakan Yusrim Karim,15, telah menghantar satu aplikasi ciptaannya Coker Chat untuk Google Idea kepada pihak Google Malaysia dan mendakwa menerima emel daripada pihak Google yang mengatakan perisiannya amat menakjubkan dan menawarkannya peluang untuk bekerja untuk projek bernilai AS$36 juta (RM1333.14 juta) atau wang tunai AS$50,000 (RM184,910).


Pelajar tersebut ayng berasal dari Sandakan, Sabah telah memilih wang tunai AS$50,000 (RM184,910) berbanding bekerja dengan Google.

Penafiaan ini dikeluarkan sendiri oleh Ketua Komunikasi dan Perhubungan Awam Google Malaysia Zeffri Yusoff berkata, cerita itu 'sama sekali tidak betul' dan berkata Idea Google tidak pernah menganjurkan apa-apa pertandingan.

"Saya memeriksa dengan Google Idea dan mereka tidak menghantar sebarang e-mel kepada budak lelaki itu.

"Saya hanya boleh membuat spekulasi buat masa ini. Budak lelaki itu mungkin telah menerima e-mel spam," kata Zeffri diperik dari The Star.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.