Kg Kayu Madang di Telipok kena PKPD akibat kluster pekerja kilang

Pegawai kawalan kualiti cetus kluster pekerja kilang - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)





PUTRAJAYA: Sejumlah 18 kes direkodkan menyebabkan seluruh Kampung Kayu Madang di Sabah bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), terletak di Telipok, Daerah Kota Kinabalu itu bermula lusa sehingga 26 Ogos ini.

Perkampungan itu dikesan mencipta Kluster Jalan Kayu Madang berpunca kes pertama dari wanita tempatan berusia 31 tahun yang juga pegawai kawalan kualiti sebuah syarikat swasta.

Pesakit itu bergejala pada 27 Jun sebelum disah positif Covid-19 pada 2 Julai hasil saringan di Klinik Kesihatan Menggatal namun sudah menjangkiti pekerja kilang di zon industri di situ.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, baki tujuh lokaliti lain pula kesemuanya terletak di negeri itu dengan Kampung Bergosong, Daerah Tawau sekali lagi dikenakan PKPD selepas pernah dilaksanakan dari 2 hingga 15 Mei.

Hishammuddin menambah, dua lokaliti dalam daerah sama turut diwartakan PKPD secara serentak selama tempoh 14 hari iaitu Kampung Kongsi 8 dan PPR Taman Sri Apas di Batu 8; selain Kampung Batition, Daerah Kota Marudu; Kampung Sunsuron, Tambunan serta Perumahan Ladang syarikat Reka Halus dan Boustead Trunkline di Daerah Beluran.

Sementara itu, katanya, dua lokaliti di Daerah Kinabatangan sepatutnya tamat PKPD esok, namun disambung lagi iaitu Ladang Bukit Mas dan Ladang Linbar 1; juga 11 lokaliti di Daerah Tuaran iaitu Kampung Betutai, Kampung Bolong Baru, Kampung Bontoi, Kampung Kindu, Kampung Lapasan, Kampung Serusop, Kampung Sungai Damit, Kampung Timbok, Kampung Simpangan, Taman Sri Rugading dan Taman Telipok Ria.

“Satu lagi lokaliti di Sabah melibatkan Kampung Lahat-Lahat, Pulau Sebatik, Tawau manakala di Kelantan pula, tiga perkampungan Orang Asli Pos Brooke di Jajahan Gua Musang iaitu Kampung Jedip WCT, Kampung Sendrop dan Kampung Seng Sang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun ujar Hishammuddin, tiga jiran perkampungan Orang Asli di situ ditamatkan PKPD secara serentak esok iaitu Kampung Cekau, Kampung Lojing dan Kampung Penangau, termasuk Ladang Bukit Berembun, Daerah Rompin dan Taman Amalina Lestari, Daerah Raub, Pahang serta kuarters pekerja Ladang Pelitanah 1 dan 2, Bahagian Mukah, Sarawak.

Selebihnya berakhir PKPD esok ialah 17 lokaliti di Sabah antaranya Kampung Pengalat Besar serta Blok Angsana dan Blok Sumboi-Sumboi di Kampung Seberang Benoni, Daerah Papar.

Dua lokaliti lagi di Daerah Putatan iaitu Kampung Meruntum Fasa 3 dan PPR Sri Keramat manakala dua di Daerah Tenom iaitu Kampung Mamaitom dan SKIM Kuala Tomani; juga tiga lokaliti di Daerah Penampang iaitu Apartment Taman Suria, Taman Penampang Fasa 2 dan Kampung Mangkadatan Notoruss selain Kampung Ayer, dalam Daerah Kudat.

Empat lokaliti pula, ujarnya, dalam Daerah Sandakan iaitu Flat LPPB Sri Taman, Taman Mawar, PPR Taman Murni serta kawasan Lorong 1 sehingga Lorong 8, Taman Kenari serta dua lokaliti dalam Daerah Tawau iaitu Taman Perwira Ranggu dan Blok 5 Kampung Titingan manakala baki satu lokaliti dalam Daerah Kota Marudu iaitu Kampung Talantang 1. – UTUSAN ONLINE

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

Previous Post Next Post