MH370

Terkini
.

Guru Maut Bila Kereta Bertembung Bas Ekspres Di Jalan Telupid-Ranau

Kickbola.net
29/05/2015 Kemalangan di Telupid, Sabah melibatkan sebuah bas ekpress dan sebuah toyota vios. Pemandu toyota vios meninggal dunia di tempat kejadian.
Guru Maut Bila Kereta Bertembung Bas Ekspres Di Jalan Telupid-Ranau

BELURAN, 29 Mei (Bernama) -- Seorang guru maut apabila kereta dipandunya bertembung dengan bas ekspres di Km4, Jalan Telupid-Ranau di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Beluran Supt Sivanathan Velautham berkata dalam kejadian kira-kira 2.35 petang itu, Ahmad Firdaus Husin, 31, guru di Sekolah Kebangsaan Wonod, Telupid, meninggal dunia di tempat kejadian.


Katanya akibat pertembungan itu, kereta Toyota Vios itu diseret kira-kira 50 meter dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat membantu mengeluarkan mayat guru itu yang tersepit.















Mayat guru yang berasal dari Melaka itu dihantar ke Hospital Telupid untuk bedah siasat, katanya ketika dihubungi Bernama.


Katanya pemandu bas ekspres itu yang berumur 29 tahun ditahan untuk membantu siasatan.

-- BERNAMA


Guru Maut Bila Kereta Bertembung Bas Ekspres Di Jalan Telupid-Ranau Reviewed by admin Ucop on 10:48 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sabahup2date © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.