Warga Tempatan Keningau Dipenjara setahun, denda gara-gara miliki daging babi hutan

Kickbola.net
Warga Tempatan Keningau Dipenjara setahun, denda gara-gara miliki daging babi hutan
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Dipenjara setahun, denda kerana miliki daging babi hutan

KENINGAU: Seorang lelaki tempatan dijatuhkan hukuman penjara setahun dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret selepas didapati bersalah memiliki memiliki daging babi hutan tanpa permit sah daripada Jabatan Hidupan Liar Negeri Sabah.

Majistret Ryan Sagiran Rayner yang membuat penghakiman di kamar hakim hari ini turut mengarahkan hukuman penjara ditambah enam bulan terhadap tertuduh Rosli Gitom sekiranya gagal membayar denda tersebut.


Sementara itu, seorang rakannya mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan tersebut. Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 oleh dua penjamin tempatan dan mengarahkan sebutan semula kes pada 23 Jun depan.

Kedua-dua dituduh memiliki daging babi hutan seberat 222 kilogram di hadapan sebuah restoran di Kilometer 3, Jalan Apin-Apin di sini pada jam 10 pagi 11 Februari lepas.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.