Bahaya! Rumah terjunam sungai akibat tanah runtuh di Kg. Mesilau

SEBUAH rumah yang hampir siap dalam pembinaan terjatuh ke dalam sungai di Kampung Mesilau, Kundasang hari ini. Sebuah rumah yang hampir siap dalam pembinaan ranap apabila berlaku tanah runtuh di tebing Sungai Mesilau, Kg Mesilau, Kundasang. Tiada kecederaan dilaporkan kerana proses evakuasi penduduk di kawasan yang berisiko telah diambil lebih awal oleh pihak berkuasa.

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Rumah terjunam sungai akibat tanah runtuh di Mesilau

RANAU: Susulan hujan lebat yang berterusan sejak malam tadi, tanah runtuh turut berlaku di Kampung Mesilau, di Kundasang, menyebabkan sebuah rumah yang hampir siap dalam pembinaan terjatuh ke dalam sungai.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, turut mengesahkan kejadian itu.

Sementara itu, banjir lumpur dilaporkan masih berlaku di Kampung Mesilau.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.