Media Luar Negara Sensasikan Isu Bogel di Gunung Kinabalu
Petaling Jaya - Isu beberapa pelancong asing berbogel di Gunung Kinabalu baru-baru ini bukan sahaja menggemparkan Malaysia, malah turut mendapat perhatian media-media di luar negara.
Beberapa akhbar British hari ini mensensasikan lagi isu ini dengan memaparkan berita salah seorang rakyatnya yang terlibat, iaitu Eleanor Hawkins di muka-muka depan akhbar mereka.Muka depan akhbar The Sun, memaparkan artikel yang bertajuk "Your boobs have angered mountain gods" (Payudara anda telah mengundang kemarahan tuhan gunung).
Selain itu, akhbar Daily Mirror turut sama menyajikan isu yang sama dengan memaparkan artikel bertajuk "Nude student faces jail for causing deadly quake" bersama satu gambar Hawkins yang sedang memandang kamera di muka depan akhbar tersebut.
Menurut Tim, Eleanor kini dalam ketakutan dan menangis ketika di telefon. "Ianya perbuatan yang biadap dan bodoh tapi dia tidak sedar pada ketika itu. Sudah tentu dia bukan penyebab gempa bumi itu, tapi dia kini benar-benar menyesal dengan perbuatannya itu".
Eleanor Hawkins adalah graduan daripada University of Southampton di dalam sarjana dalam bidang kejuruteraan aeroangkasa, menurut profil LinkedIn miliknya.
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Post a Comment