Gempa lemah 16 km tenggara Tuaran, Sabah
Gempa lemah 16 km tenggara Tuaran, Sabah KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah berukuran 2.3 magnitud berlaku kira-kira 16 kilometer tenggara Tuaran, Sabah pada jam 8.41 pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata gempa itu berpusat di 6.1 darjah utara, 116.3 darjah timur, dan gegaran dilaporkan dirasakan berhampiran Ranau.Jumaat lalu, gempa bumi berukuran 5.9 skala Richter, yang terkuat di Malaysia setakat ini, menggegarkan Sabah pada jam 7.15 pagi, yang mencetuskan gegaran di beberapa tempat di negeri itu serta menyebabkan batu dan bongkah menggelungsur jatuh dari Gunung Kinabalu. Lapan belas orang - empat malim gunung dan 14 pendaki - terbunuh dalam gempa bumi itu, 10 daripada mereka dari Singapura, enam rakyat Malaysia, seorang dari Jepun dan seorang warga China. - BERNAMA
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Post a Comment