MH370

Terkini
.

Gempa Sabah: Singapura Turut isytihar hari berkabung Isnin

Kickbola.net
Gempa Sabah: Singapura isytihar hari berkabung esok
Gempa Sabah: Singapura isytihar hari berkabung esok

KUALA LUMPUR: Kerajaan Singapura hari ini mengisytiharkan esok sebagai hari berkabung peringkat kebangsaan ekoran gempa bumi melanda Sabah semalam yang mengakibatkan lapan rakyat negara itu meninggal dunia dan dua masih hilang. 

Bendera di semua bangunan kerajaan negara itu akan diturunkan separuh tiang dan setiap acara Sukan SEA esok akan dimulakan dengan upacara berdiam diri selama seminit bagi menghormati mangsa yang terkorban.
"Kami berharap ungkapan simpati bersama ini dan sokongan daripada semua rakyat Singapura dapat mengurangkan keperitan yang dihadapi keluarga mangsa," kata Pejabat Perdana Menteri Singapura dalam satu kenyataan hari ini.




Dalam kenyataan itu juga menyebut Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong mengucapkan terima kasih bagi mereka yang bertungkus lumus dalam usaha mencari dan menyelamat mangsa gempa itu.


"Terima kasih pihak berkuasa Malaysia, pasukan mencari dan menyelamat, pihak hospital dan kesemua pegawai dan sukarelawan yang membantu dalam misi ini sama ada di Sabah atau di Singapura."



Sebelum ini, Kementerian Pendidikan (MOE) Singapura mengumumkan mayat yang ditemui pihak berkuasa Malaysia telah dikenal pasti waris masing-masing sebagai lima pelajar dan seorang guru dari Sekolah Rendah Tanjong Katong.


Mereka ialah Ameer Ryyan Mohd Adeed Sanjay, Emilie Giovanna Ramu, Loo Jian Liang Terrence Sebastian (guru), Matahom Karyl Mitzi Higuit, Rachel Ho Yann Shiuan dan Sonia Jhala.


Mayat jurupandu warganegara Singapura, Muhammad Daanish Amran yang mengiringi pelajar berkenaan juga telah dikenal pasti.


Pada Sabtu, mayat pelajar Wee Ying Ping Peony telah dikenal pasti. Hingga kini, lapan mayat rakyat Singapura telah dikenal pasti waris masing-masing..

Gempa Sabah: Singapura Turut isytihar hari berkabung Isnin Reviewed by admin Ucop on 7:55 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sabahup2date © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.