MH370

Terkini
.

Malim Gunung Taman Kinabalu tarik perhatian Dunia

Kickbola.net
Malim Gunung Kinabalu tarik perhatian dunia
Hero Sabahan Bantu Mangsa Terperangkap di Gunung Kinabalu

KUALA LUMPUR - Peranan dan pengorbanan malim gunung dalam menyelamatkan pendaki yang terkandas di Gunung Kinabalu dalam kejadian gempa bumi baru-baru ini menarik perhatian masyarakat dunia.

Kisah keberanian dan susah payah mereka ketika menyelamatkan pendaki terbabit kini tersebar dengan meluas melalui media tempatan dan asing.


Sebahagian daripada malim gunung tiba di Pondok Timpohon dari Laban Rata Gunung Kinabalu selepas menamatkan operasi mencari dan menyelamat mangsa gempa bumi di Gunung Kinabalu. - Foto Bernama

Ramai pendaki yang terkandas di gunung tertinggi di Asia Tenggara itu memuji kemahiran dan ketangkasan wira berkenaan dalam menyelamatkan mereka selepas gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter melanda Ranau pada 7.15 pagi Jumaat, yang turut menggegarkan Gunung Kinabalu.


Australian Broadcasting Corporation (ABC) dalam laporannya menyifatkan malim Gunung Kinabalu sebagai wira yang perlu diberi sanjungan.


Pendaki Australia, Vee Jin Dumlao memberitahu ABC bahawa beliau amat terhutang budi kepada malim gunung bernama Jomius, yang telah bertungkus-lumus membantu para pendaki untuk tiba di tempat selamat selepas kejadian itu.


"Malim gunung adalah wira sejati. Mereka menggadai nyawa dan membuat keputusan rumit, yang akhirnya berjaya menyelamatkan nyawa kami," katanya.


Cable News Network (CNN) pula melaporkan bahawa para malim gunung muncul sebagai wira dalam menyelamatkan mereka yang terkandas di puncak Gunung Kinabalu berikutan gempa bumi itu.


Pendaki tempatan, Nurul Hani Ideris, 29, memberitahu CNN: "Para malim gunung itu nampaknya tahu setiap inci kawasan dan berjaya membuka ruang melalui landskap yang musnah teruk, dengan memotong dahan serta mengikat tali untuk mewujudkan laluan baharu".



Lynn Siang, seorang jurucakap agensi pelancongan, menyifatkan para malim gunung berkenaan sebagai wira kerana telah melaksanakan tugas penting dalam usaha menyelamat di laluan yang terhalang oleh bungkahan batu melalui penggunaan tali.


"Apabila pendaki selesai melintas tali itu, mereka akan memijak bahu malim gunung yang menjadikan tubuh mereka sebagai kusyen," katanya kepada CNN.

Setakat ini, gempa bumi itu disahkan meragut nyawa 13 pendaki, termasuk seorang malim gunung bernama Robbi Sapinggi, manakala sekurang-kurangnya enam lagi masih belum dapat dikesan. - Bernama



Sebahagian daripada 30 malim Gunung Kinabalu bersiap sedia untuk misi menyelamat bagi membawa turun pendaki-pendaki yang terkandas di puncak gunung tertinggi Asia Tenggara itu di Kundasang akibat gempa bumi di Sabah pagi tadi. - Foto BERNAMA


Mountain Guide Gunung Kinabalu bawa turun pendaki cedera akibat gempa bumi melanda Sabah. Bagi yg biasa mendaki gunung, guide tidak kerja percuma dan bagi membawa pendaki cara begini (kendong) pastilah upahnya sangat lumayan. Tetapi utk yang ini, guide ini lakukan secara sukarela demi kemanusiaan tanpa kira bangsa, keturunan, warganegara, agama dan warna. Sebagai pakar hutan dan gunung, jadi kewajiban (nature call for nature man) utk membantu. Saya SALUTE kepada insan ini kerana amat mengerti bukan mudah untuk turun gunung dari mendaki apalagi dgn mengendong seorang yg cedera. RESPECT SABAHANS, RESPECT AKI NABALU! 









Kesungguhan Guide tempatan dalam operasi menyelamatkan pendaki-pendaki yang terperangkap tidak mengenal erti penat lelah... Tahniah diucapkan! Mereka tidak kenal penat.yg ada dalam minda mereka kini adalah memastikan mangsa selamat.

Taman Kinabalu juga ditutup kepada pendaki dan operasi menyelamat masih diteruskan.

Hero Sabahan Bantu Mangsa Terperangkap di Gunung Kinabalu

Gambar yang ditangkap oleh mangsa terperangkap di puncak Gunung Kinabalu:

Hero Sabahan Bantu Mangsa Terperangkap di Gunung Kinabalu

Berikut merupakan gambar hero Sabahan yang bertungkus-lumus untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap:





















Untuk info, Mount Guide (lelaki mahupun perempuan) di Gunung Kinabalu mampu mengangkat beban dua kali dari berat mereka.

Hero Sabahan Bantu Mangsa Terperangkap di Gunung Kinabalu
Thank you.. Mt. Guide Ridwan..

Hero Sabahan Bantu Mangsa Terperangkap di Gunung Kinabalu

Hero Sabahan Bantu Mangsa Terperangkap di Gunung Kinabalu

Hero Sabahan Bantu Mangsa Terperangkap di Gunung Kinabalu

Hero Sabahan Bantu Mangsa Terperangkap di Gunung Kinabalu

Dan berikut pula gambar mangsa yang dipercayai maut akibat gempa bumi di Gunung Kinabalu:

Mangsa Maut di Gunung Kinabalu

Mangsa Maut di Gunung Kinabalu

Mangsa Maut di Gunung Kinabalu

Malim Gunung Taman Kinabalu tarik perhatian Dunia Reviewed by admin Ucop on 9:56 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sabahup2date © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.