Kebakaran 50 buah rumah di Kampung Pondo Pulau Gaya

Kickbola.net
Kebakaran sedang berlaku di perkampungan atas air Pulau Gaya. (Gambar 7.00 Pagi, 15/6/2015). 50 Buah Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Pulau Gaya ‪#‎Pray4Sabah‬. "Dianggarkan 64 buah rumah terbakar di mana seorang kanak-kanak perempuan berumur lapan bulan mengalami cedera ringan di bahagian kepala" -Ketua Polis Bandaraya ACP M Chandra
50 Buah Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Pulau Gaya

KOTA KINABALU – Kira-kira 50 buah rumah musnah dalam kebakaran awal pagi tadi di Kampung Pondo, Pulau Gaya. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd Affendi K. Ramin berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 7.07 pagi.

 “Anggaran awal rumah yang terlibat adalah 50 buah buat ketika ini,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata operasi memadam api sedang dijalankan bersama 20 anggota daripada Balai Bomba Kota Kinabalu termasuk sebuah bot bomba dan tiga bot Pasukan Gerakan Marin. – BERNAMA

Punca Kebakaran di Kampung Pondo Pulau Gaya

Kebakaran di Kampung Pondo, Pulau Gaya pagi Isnin dipercayai berpunca daripada sebuah botol berisi petrol yang meletup.

Ketua Polis Bandaraya ACP M Chandra berkata siasatan awal mendapati botol tersebut diletakkan berdekatan tempat memasak di sebuah rumah yang turut terbakar dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu.

“Dianggarkan 64 buah rumah terbakar di mana seorang kanak-kanak perempuan berumur lapan bulan mengalami cedera ringan di bahagian kepala,” katanya dalam kenyataan di sini.

Chandra berkata siasatan masih dijalankan dan jumlah kerugian juga belum dapat dipastikan.

Beliau berkata kesemua mangsa yang terlibat kini menetap sementara di rumah saudara mara masing-masing.
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.