Malaysia Beri Penganugerahan Terhadap Pengorbanan Malim Gunung - Perdana Menteri

Kickbola.net
Berpeluang jumpa dengan saudara Mhd Rizuan Kauhinin dan malim-malim gunung lain hari ini di Sabah. Merekalah wira-wira yang bertaruh nyawa mencari, menyelamat dan membawa turun mangsa gempa bumi walaupun dalam keadaan berbahaya. Terima kasih saya ucapkan! ‪#‎Sabah‬ - Najib Razak, YAB Perdana Menteri Malaysia.
Malaysia Beri Penganugerahan Terhadap Pengorbanan Malim Gunung - Perdana Menteri

KUNDASANG: Kerajaan akan memberi penganugerahan kepada malim gunung yang telah menunjukkan keberanian dan pengorbanan luar biasa ketika menyelamatkan mangsa gempa bumi di Ranau Jumaat lepas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata beliau telah berbincang dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman tentang perkara itu dan kerajaan negeri akan mengesyorkan nama-nama penerima.

"Kami akan buat penelitian untuk memberi sesuatu penganugerahan yang sesuai kepada malim gunung yang telah menunjukKan keberanian dan pengorbanan yang teristimewa.

"Bila kita sebut 'berkorban apa sahaja', itulah peranan yang telah dilakukan oleh malim gunung semasa operasi mencari dan menyelamat mangsa walaupun kemungkinan nyawa mereka tergadai," katanya.

Najib berucap pada majlis penyerahan sumbangan kepada mangsa dan waris mangsa gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter itu yang mengorbankan rakyat tempatan dan warga asing, pada Selasa.

Najib turut menyaksikan penyerahan bantuan RM1 juta oleh kerajaan Sarawak kepada kerajaan Sabah untuk tabung bencana gempa bumi, yang disampaikan Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Sementara itu, Ronny Masirin, 35, abang kepada mendiang Ricky Masirin, 28, malim gunung berasal dari Kampung Kauluan yang terkorban dalam gempa bumi itu, berkata keluarganya sangat berterima kasih atas sumbangan yang diberikan kerajaan.


"Ini merupakan tanda keprihatinan kerajaan pusat kepada semua mangsa yang terlibat. Walaupun sumbangan ini tidak dapat memadam rasa kesedihan kami, sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban kami sekeluarga," katanya ketika ditemui selepas menerima sumbangan itu.

Sementara itu, Victorius Benjamin, 41, abang saudara kepada malim gunung Valerian Joannes, 27, yang turut terkorban dalam kejadian itu, berkata sumbangan itu sedikit sebanyak dapat membantu keluarga mendiang.


Malim gunung Jahinin Waimi (kanan), 43, dan rakan sekerjanya Azlan Ramli (tengah) dan Suhaldin Guahil bersedia untuk berangkat ke Gunung Kinabalu di rumahnya di Kampung Dumpiring Atas, Kundasang di Timur Malaysia, Sabah.

Beliau menyifatkan semua sumbangan dan penganugerahan kepada malim gunung termasuk empat yang terkorban sebagai penghargaan besar daripada pihak kerajaan.


Constance Dana Jaffary dari Tamparuli, Seorang pengunjung melakarkan ucapan takziah di atas kain rentang yang memaparkan wajah dan nama malim-malim gunung yang terkorban semasa tragedi gempa bumi, di Taman Kinabalu, Selasa.

Setakat ini, 16 orang disahkan terkorban dalam gempa bumi yang berlaku pada 7.15 pagi itu.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.