Cinta Jessica Sikta buat Valerian Joannes

Kickbola.net
Cinta Jessica Sikta buat Valerian Joannes - “Saya bercakap dengannya kira-kira jam 9 malam sebelum kejadian itu. Kami berbual pendek menggunakan panggilan video dan sempat berbincang mengenai perancangan perkahwinan yang dirancang November ini.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Cinta Jessica

Kediaman malim gunung, Valerian Joannes yang terkorban dalam kejadian gempa bumi di Gunung Kinabalu, Jumaat lalu, dibanjiri lebih 200 ahli keluarga serta rakan yang mahu memberikan penghormatan terakhir kepadanya di Kampung Bundu Tuhan, semalam.

Orang ramai mula datang ke rumah keluarganya seawal jam 8 pagi dan dilihat turut bersedih dengan kehilangan Valerian, 27.


Tunangnya, Jessica Sikta, 25, berkata, Valerian sememangnya sangat komited dengan kerjanya sebagai malim gunung.


Menurutnya, sebaik dipanggil membuat pengecaman di bilik mayat Hospital Queen Elizebeth (HQE), Kota Kinabalu, dia pasrah dan menerima kenyataan kehilangan tunangnya.


“Saya bercakap dengannya kira-kira jam 9 malam sebelum kejadian itu. Kami berbual pendek menggunakan panggilan video dan sempat berbincang mengenai perancangan perkahwinan yang dirancang November ini.


“Saya mendapat tahu mengenai kemalangan yang menimpa dirinya kira-kira jam 4.30 petang selepas dihubungi bapanya,” katanya ketika ditemui, semalam.

Kickbola.net Jessica Veronica Sikta bersama tunangnya, Valerian Joannes.
Jessica yang bekerja sebagai jururawat di HQE berkata, Valerian sentiasa memberi semangat kepadanya dan suka membantu orang lain sejak mengenalinya sembilan tahun lalu.

Sementara itu, ibu mendiang, Sontim Sumbin 50, berkata, dia terharu dengan kehadiran orang ramai termasuk Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun untuk memberi penghormatan terakhir.


Menurutnya, walaupun bersedih dengan pemergian anaknya, mereka sekeluarga berterima kasih kepada semua pihak yang membantu sehinggalah pengurusan persemadian mendiang selesai.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.