Malim gunung Kinabalu dipanggil bantu pakar geologi terkandas!

Kickbola.net Malim gunung Jahinin Waimi (kanan), 43, dan rakan sekerjanya Azlan Ramli (tengah) dan Suhaldin Guahil bersedia untuk berangkat ke Gunung Kinabalu di rumahnya di Kampung Dumpiring Atas, Kundasang di Timur Malaysia, Sabah. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 9 Jun, 2015.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Malim gunung dipanggil bantu pakar geologi terkandas di Gunung Kinabalu

Susulan cuaca yang berkabus dan hujan lebat melanda kawasan di sekitar Gunung Kinabalu petang ini, seorang malim gunung, atau jurupandu arah pendaki, Jahinin Waimi, 43, dipanggil untuk membantu 2 pakar geologi yang terperangkap di pergunungan itu, lewat petang tadi.

Dalam keadaan hujan lebat, Jahinin yang mempunyai pengalaman lebih 1,000 kali pendakian bergerak meninggalkan kediamannya diiringi pandangan sayu isterinya, Hanneh@Hani Alias Supilin di Kampung Dumpiring Atas, Kundasang sekitar jam 5.15 petang selepas menerima panggilan telefon daripada pihak Jabatan Geologi Sabah.


Menurut Jahinin, 2 pakar geologi itu bergerak ke atas Gunung Kinabalu menggunakan helikopter pagi tadi, namun ekoran keadaan cuaca yang tidak menentu, disusuli hujan lebat dan kabus tebal, khidmat malim gunung diperlukan untuk membawa mereka menuruni gunung tersebut menggunakan trek pendakian.

"Saya rasa mereka berkemungkinan berada di kilometer 4," katanya, kepada The Malaysian Insider, sambil bersiap sedia dengan peralatan mendakinya.

Jahinin, yang berpengalaman selama 11 tahun sebagai malim gunung menerima panggilan telefon daripada jabatan berkenaan meminta bantuannya sekitar jam 5 petang.

Kawasan pekan Kundasang turut mengalami hujan lebat dan berkabus serta cuaca gelap turut menyelubungi pekan yang terkenal dengan produk pertanian tanah tinggi dan menjadi tumpuan pelancong itu.

Jahinin berkata, dia akan dibantu dengan seorang lagi malim gunung yang kini sudah pun berada di Taman Negara.

"Naik ke gunung dalam keadaan begini sudah biasa," katanya.

Antara kelengkapan yang dilihat dibawanya adalah lampu suluh, baju hujan, dan tongkat pendaki memandangkan cuaca semakin gelap untuk menaiki gunung tersebut.

"Saya bawa tongkat ini untuk pendaki itu, mungkin-mungkin sukar untuk dia berjalan nanti," katanya, sambil memakai sandal getah yang dikenali sebagai "Adidas getah" oleh penduduk tempatan.

Jahinin menjangkakan dia akan mengambil masa sekitar 1 jam setengah untuk sampai ke kilometer 4 dan sejam lagi diperlukan untuk turun ke kaki gunung.



Sabah dilanda gempa bumi dengan magnitud 5.9 skala Richter pada Jumaat, minggu lalu.

Keadaan di kawasan pergunungan masih belum selamat dengan beberapa siri gegaran kecil turut berlaku di satu dua kawasan.


"Saya redha dan berdoa dia selamat," kata isteri Jainin ketika menghantar suaminya ke pintu rumah. – 9 Jun, 2015.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

Previous Post Next Post