Banjir Kilat Di Keningau 09/06/2015
Hujan lebat selama kira-kira tiga jam menyebabkan beberapa perkampungan di sekitar daerah ini, mula dinaiki air.
Pemangku Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Keningau, Blasius Ampun berkata, antara penduduk yang terjejas adalah di sekitar kampung Magatang, Baginda, Kauran dan Bingkor.“Selain itu, Sekolah Rendah (SK) Kauran dan perumahan berhampiran turut dinaiki air sehingga hampir 50 sentimeter (sm).
“Susulan kejadian ini, bomba mengarahkan beberapa jentera ke lokasi kejadian bagi memantau keadaan orang ramai,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.
Blasius mengingatkan penduduk supaya tidak panik dan mengambil langkah berjaga-jaga selain bersedia untuk ke lokasi lebih selamat sekiranya situasi bertambah buruk.
.
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Post a Comment