KOTA BELUD – Penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Kadamaian, di sini diminta bersiap sedia untuk berpindah sekiranya diarahkan berbuat demikian ekoran banjir lumpur di Sungai Kadamaian. di sini petang tadi.

Pegawai Daerah, Gari Itam berkata, penduduk berkenaan diharap dapat berbuat demikian sekiranya diarahkan pasukan keselamatan bagi memastikan keselamatan mereka.
Walau bagaimanapun, katanya, setakat ini air sungai Kadamaian masih pada paras normal.

“Kira-kira pukul 4 petang tadi berlaku banjir lumpur di Sungai Kadamaian, Kota Belud, namun difahamkan paras air sungai tersebut masih pada paras normal,” katanya.

Difahamkan, beberapa pekerja dan pekebun tidak dapat keluar akibatr jalan raya tertimbus manakala jambatan dihanyutkan oleh banjir.

Picture
ANTARA jalan raya yang terjejas akibat banjir lumpur di Sungai Mesilau Kundasang, Ranau. - Foto ihsan pembaca


KOTA KINABALU: Anggota bomba di Sabah berada dalam keadaan berjaga-jaga selepas berlakunya banjir lumpur besar ekoran hujan lebat di perkampungan di kaki Gunung Kinabalu yang dilanda gempa bumi.

Kampung-kampung yang terlibat ialah Kg Mesilau, Kg Kiau, Kg Lobong-Lobong dan Kg Kaung.

Sebuah sekolah rendah, SK Kiau Toburi, juga dilanda banjir lumpur bermula pada pukul 3.30 petang Isnin, walaupun tahap kerosakan tidak dapat dipastikan.

Beberapa keluarga telah berpindah keluar dari rumah masing-masing, manakala Pejabat Daerah Kota Belud dan Ranau telah menghantar pegawai mereka untuk mengambil tindakan yang perlu.

Ahli geologi Universiti Malaysia Sabah Profesor Dr Felix Tongkul berkata banjir lumpur berlaku kerana permukaan muka bumi yang longgar berikutan gempa bumi 5.9 magnitud pada 5 Jun.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date