Penjelasan Bukti Penemuan Emas oleh penduduk kampung Ulu Sg. Kadamaian

Kickbola.net
Habuan orang kg selepas banjir lumpur di Kg Melangkap batu emas ditemui? Penjelasan mengenai emas yang dijumpai di Sungai Kadamaian, Kota Belud.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)

Kepada penduduk Kampung Ulu Sungai Kadamaian, Kota Belud

Disebabkan tanah runtuh besar di permukaan gunung Kinabalu, banyak batu granit dan serpentinit telah berkumpul di kaki gunung.

Apabila air mengalir melalui batu ini, pelbagai mineral boleh dilepaskan kedalam sungai.


Berkemungkinan sebahagian daripada mineral ini adalah emas, perak atau tembaga. Diketahui daripada bekas lombong tembaga Mamut bahawa emas telah dijumpai bersama dengan tembaga dan perak.

Oleh itu ada kemungkinan untuk menemui emas di dasar sungai.

Namun begitu, untuk menemui emas dalam jumlah yang besar, sumber daripada gunung perlu ada. Ia boleh datang dari telerang kuarza yang mengalami pemineralan yang mengisi rekahan dalam batuan granit.

Kehadiran telerang ini tidak diketahui, maka kehadiran emas yang banyak tidak diketahui atau dibuktikan.

Emas yang dilaporkan dijumpai oleh penduduk kampung mungkin adalah mineral pirit yang juga dikenali sebagai "emas palsu". Kedua dua emas dan mineral pirit mempunyai warna yang sama dan sukar untuk dibezakan oleh orang awam.


Walau bagimanapun, kedua dua mineral ini boleh dibezakan melalui bentuk, dimana emas biasanya dalam bentuk ketulan, kepingan kecil, atau ketulan yang tidak berbentuk.

Mineral pirit biasanya berbentuk kiub.

Emas lebih lembut berbanding dengan pirit. Emas boleh dicalar dengan pisau.

Emas tidak mempunyai bau, manakala pirit mengeluarkan bau sulfur (seperti telur busuk) apabila digosok dengan objek yang keras.


Memandangkan terdapat ancaman banjir lumpur di sungai ini, dinasihatkan agar penduduk kampung yang mencari emas sentiasa berwaspada.


Komuniti harus memastikan kanak-kanak tidak dibiarkan bersendirian tanpa pengawasan.

Disediakan oleh,

Prof. Felix Tongkul
Pusat Kajian Bencana Alam, UMS.
25 Jun 2015

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

Previous Post Next Post