Sekitar Ekspedisi Pembersihan Gunung Kinabalu di Laban Rata

Sekitar Ekspedisi Pembersihan Gunung Kinabalu di Laban Rata. Usaha Keras kakitangan Taman-Taman Sabah bersama malim gunung membersihkan kawasan Laban Rata pada 22-23 Jun 2015. Foto & Info: En. Martin Moguring, Pembantu Taman Kanan, Taman Kinabalu.

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



[25 Jun 2015] Gunung Kinabalu, Ranau. - Seramai 50 orang yang terdiri daripada kakitangan Taman-Taman Sabah, Sutera Santuary Lodges, Mt. Torq dan Malim Gunung telah melakukan pembersihan di sekitar Laban Rata, Gunung Kinabalu pada 22 - 23 Jun 2015.

Disamping itu juga, 11 orang daripada kumpulan tersebut yang terdiri daripada kakitangan Taman-Taman Sabah dan Mt. Torq telah membuat tinjauan cadangan laluan baru dari Kawasan Laban Rata - Rock Face - Panar Laban.


Ekspedisi Gunung Kinabalu: Banyak pengiktirafan untuk Martin Moguring

KOTA KINABALU: Berasal daripada keluarga pendaki gunung, Martin Moguring juga mendapat pengiktirafan untuk penglibatannya dalam banyak ekspedisi ke puncak gunung lagenda, Gunung Kinabalu, Sabah.

Gunung Kinabalu adalah puncak tertinggi antara banjaran Gunung Himalaya di India dan di Papua New Guinea. Dilahir dan dibesarkan di Kampung Kiau, yang terletak di kaki Gunung Kinabalu dan terkenal dengan keindahan pemandangan, Martin seperti juga sherpa di banjaran Himalaya melakukan apa yang dibuat oleh nenek moyangnya sejak zaman penjajahan.


Ayahnya, Moguring Sambaut adalah pemandu gunung berlesen sementara moyangnya, Lemaing Komoh adalah pendaki lagenda Gunung Kinabalu yang banyak kali membantu peneroka asing mendaki gunung setinggi 4,095-meter itu.

Martin, 51, dianugerah pingat kebesaran Ahli Darjah Kinabalu (ADK) kerana terselamat dalam ekspedisi Low̢۪s Gully pada tahun 1998.

Mendaki turun Low̢۪s Gully iaitu ngarai sedalam 1.6km, sepanjang gunung itu begitu mencabar sehingga Martin diberi tempoh dua tahun untuk membuat keputusan sama ada mahu menyertai ekspedisi yang dianggotai 10 askar British.

Selain Martin, seorang lagi jurupandu Taman Kinabalu, John Sangkid, juga menyertai pasukan ekspedisi itu. Empat tahun sebelum itu, pada tahun 1994, sekumpulan 10 komando British memulakan ekspedisi ke kaki gunung yang tersohor itu melalui Low̢۪s Gully tetapi cubaan mereka berdepan cabaran getir sehingga hampir meragut nyawa.

Laluan yang begitu rumit dan berbahaya dari Low̢۪s Gully menyebabkan anggota ekspedisi mengalami keletihan melampau untuk meneruskan perjalanan.

Akhirnya, satu pasukan mencari dan menyelamat dikerahkan untuk mencari anggota ekspedisi itu. Kesemuanya berjaya diselamatkan dan berkongsi pengalaman getir bagaimana mereka terlalu yakin dengan kebolehan mereka tanpa mengambil kira keadaan serba-serbi mencabar di Low̢۪s Gully di samping cuacanya yang boleh berubah secara mendadak.

Bagaimanapun, ekspedisi Martin pada tahun 1998 dengan pasukan komando British yang berlainan di Low̢۪s Gully mengambil masa 16 hari. Pasukan itu menamatkan ekspedisi di Kampung Malangkap, sebuah kampung tradisional yang kecil terletak di bahagian barat Gunung Kinabalu.

â€Å“Paling berbahaya dan teruk ialah untuk menuruni lereng yang curam hingga ke lantai ngarai. Seorang anggota komando patah tangan dalam pendakian itu,” beliau memberitahu Bernama.


Menurut Martin, sebelum menyertai ekspedisi Low’s Gully, beliau dihantar ke Manchester, United Kingdom untuk menjalani latihan intensif 10 hari dalam dan luar bangunan, terutama penggunaan peralatan memanjat. Martin, yang juga renjer kanan Taman Kinabalu, berkata beliau mengambil bahagian dalam lebih 10 ekspedisi di sekitar Gunung Kinabalu, terutama misi penandaan jejak ‘trail blazing’ ke puncak gunung itu.

Beliau adalah antara empat anggota pasukan renjer diketuai Eric Wong, yang pada masa itu pengarah Sabah Parks, yang mengasas jejak dari Mesilau di bahagian timur gunung itu ke Layang-Layang, tempat tinggal kakitangan Taman Kinabalu di ketinggian 2,621 meter dari paras laut.

â€Å“Kami mengambil masa enam hari untuk sampai ke Laban Rata (terdapat pondok dan rumah rehat), semuanya kerana kami tidak membawa sebarang peralatan memanjat seperti abah-abah (harness) dan penyangkut (carribena),” katanya. Martin juga terlibat dalam usaha untuk menjejak perjalanan Sir Hugh Low dari Kiau ke Panar Laban.

â€Å“Sebenarnya kami tidak menemui laluan asal yang diambil oleh Low tetapi kami berjaya sampai di Panar Laban dalam masa tiga hari,” katanya.

Seperti nenek moyangnya, Gunung Kinabalu yang juga dikenali sebagai ‘Aki Nabalu’ dalam kalangan masyarakat Kadazan Dusun, tetap kekal di hati Martin.

Menurut catatan yang ada, Sir Hugh Low, pegawai penjajah British dari Labuan, tiba di dataran tinggi puncak pada tahun 1851 tetapi bukan di puncak.

Tujuh tahun selepas itu, Low, yang namanya dipakai untuk Low̢۪s Gully, melakukan ekspedisi kedua ke Kinabalu dengan rakannya, Spencer St. John.

Laluan biasa ke puncak Kinabalu ialah laluan Timpohon-Mesilou-Layang-Layang- Panar Laban-Sayat-Sayat. Satu laluan dipanggil Kotal, mengambil sempena nama jurupandu dari suku kaum Dusun yang juga dari Kampung Kiau. Menurut kebanyakan peneroka awal gunung ini, jurupandu Dusun mereka akan melakukan upacara sebaik tiba di puncak Gunung Kinabalu.

Orang tempatan, terutama masyarakat Dusun percaya puncak gunung itu adalah ‘tempat persemadian nenek moyang mereka’.

Upacara itu, yang juga dikenali sebagai ‘monsubak atau mononolob’ dalam bahasa Dusun, masih lagi diamalkan pada hari ini dan lazimnya dilakukan oleh ‘Bobolian’ atau pawang besar.

Seorang daripada Bobolian terkemuka Kinabalu yang tugasnya untuk ‘menjaga hati’ roh-roh di gunung itu ialah Lunsin Koroh, yang juga bapa saudara Martin.


Upacara yang biasa dilakukan memerlukan ayam putih, telur, daun sireh dan tembakau. Gunting Lagadan, ketua kampung Dusun di Kampung Bundu Tuhan, tidak jauh dari ibu pejabat Taman Kinabalu ialah seorang daripada jurupandu gunung itu yang terkenal pada tahun 1940an.

Namanya terpahat di atas sekeping papan di Puncak Low̢۪s, puncak tertinggi Gunung Kinabalu. Lagadan dikatakan melakukan upacara yang sama setiap kali ada pendakian ke Gunung Kinabalu yang dilindungi sebagai Tapak Warisan Dunia.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

Previous Post Next Post