Sesi Ceramah Gempa Bumi Sabah yang berlangsung di Dewan Resital, UMS berlangsung sebentar tadi. *Menurut Prof Felix, kawasan sering berlaku gempa sekitar Ranau, Kundasang, Lahad Datu, Kunak & Tawau sebelum ini, ini kejadian gempa yang besar iaitu 6.0 selepas 24-25 iaitu kali terakhir pada 1991.

Kundasang RANAU -- Pakar geologi Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Dr Felix Tongkul mencadangkan supaya alat pemantauan gelombang seismos dipasang di puncak Gunung Kinabalu dalam tempoh terdekat.
Beliau berkata alat yang sensitif itu dapat membolehkan gegaran kecil dapat dikesan menerusi pemantauan secara berkesan dari jarak jauh.

"Kalau kita sudah pasang sensor, kita boleh tahu sama ada gempa atau gegaran kecil ini berterusan atau tidak," katanya kepada pemberita selepas majlis Siri Ceramah Umum Gempa Bumi Ranau, di UMS, Likas di sini, hari ini.


Beliau berkara ketiadaan alat pengesan itu menyukarkan pakar geologi untuk mengenal pasti gegaran yang berlaku atau sekadar trauma berikutan gegaran yang berlaku sebelum ini.

Beliau berkata Gunung Kinabalu, selepas kejadian gempa bumi pada 5 Jun lepas, masih belum stabil daripada gegaran yang diakibatkan oleh pergerakan sesar yang bergerak ke arah Laut China Selatan.

Felix berkata kejadian gempa bumi di Sabah tidak dikategorikan sebagai serius kerana kedudukannya yang berada sejauh kira-kira 1,000km daripada Lingkaran Api Pasifik.

Beliau menjelaskan semasa gempa bumi, terdapat tiga gelombang seismos iaitu gelombang primer, sekunder dan gelombang permukaan dan ketiga-tiga gelombang ini akan dapat dirasai penduduk yang tinggal di pusat gempa dan kawasan sekitarnya.

Bagaimanapun gegaran susulan yang dirasai di kawasan yang jauh dari pusat gempa merupakan gelombang sekunder dan gelombang permukaan.

Dalam pada itu, Felix berkata daerah Lahad Datu, Kunak dan Tawau juga perlu bersiap sedia dengan kemungkinan dilanda gempa bumi namun anggaran waktu berlakunya tidak dapat dipastikan.

"Tiada cara untuk kita tahu bila ia akan berlaku, mungkin dalam tempoh 10 tahun, tapi kita ada rekod sejarah gempa yang berpusat di sana. Saya pasti kerajaan mengambil perhatian terhadap perkara itu kerana sebelum ini kita tiada pengalaman menghadapi gempa," katanya.

Gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Ritcher melanda beberapa bahagian Sabah termasuk Gunung Kinabalu pada 5 Jun lepas dan menyebabkan 18 pendaki dan malim gunung terbunuh.

-- BERNAMA

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date