BUKAN BUDAYA KITA – Penyokong baling botol hampir terkena ketua pasukan Sabah semasa pertemuan dengan pasukan Kuala Lumpur.
Pihak editor admin mencadangkan pihak stadium agar mengenal pasti individu ini dan memberi larangan tempoh untuk hadir ke stadium.Sikap 'attitude' ini tidak seharusnya ada pada diri kita kerana sepatutnya kita memberi sokongan dan bukannya melakukan onar menunjuk budaya Samseng di stadium.
Mohon pihak stadium likas untuk mengenalpasti individu ini dan melaksanakan tindakan banned untuk hadir ke stadium untuk semusim bagi memberi pengajaran kepada pelaku samseng.
Kalau datang di stadium tengok bola tu, jangan la bah baling2 botol.. Ni urang bikin spoill betul masuk stadium... Kalau maw buang botol pun,buang la di tong sampah..
26 JUN 2015 - Sementara itu pada perlawanan malam ini , Sabahrhinos menang 1-o mengatasi Kuala Lumpur pada perlawanan yang berlangsung jumaat malam di Stadium Likas, kota Kinabalu.
Pemain import tempatan yang berasal dari Kelantan iaitu Faizol menggamatkan stadium likas dengan gol tunggal perlawanan pada minit ke-73.
Faizol menyempurnakan hantaran daripada Diouf dengan satu rembatan cantik menewaskan penjaga gol Kuala Lumpur.
Kemenangan ini meletakkan Sabah kekal di tangga keempat liga enam mata di belakang pendahulu T-Team.
SABAH Fazli Paat; Julamri Muhd, Rawilson Batuil, Hardi Charles, Leopold Alfonso, Rozaimi Azwar, Abdoulaye Faye, El Hadji Diouf, Zuraindey Jumai, Joel Chianese, Eamon Zayed.
Kuala Lumpur Muhaimin Mohamad, Naufal Naim Tony Rosdin, Nicholas Chan, Fitri Kamal, Zameer Zainun, Nurikhwan Ismail, S. Sumindran, Choi Hyun-yeon, Lukhman Noor Hakim Jaafar, Lee Jin-seuk, Modibo Konte
REKOD pertemuan di antara kedua pasukan sejak tahun 1979 ialah dalam 62 perlawanan, Kuala Lumpur menang 27 dan Sabah 21 kali. Sabah menang pertemuan pertama di Std Merdeka 2-0 manakala KL kali terakhir menang di Likas adalah pada 2009. Rekod di Likas, Kuala Lumpur menang 8 dari 29 perlawanan dan seri 6..
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Post a Comment