Malim gunung tidak sabar baiki laluan pendakian Gunung Kinabalu

Kickbola.net Kumpulan Malim Gunung termasuk staff Taman2 sabah, SSL, Potter yg bertugas membersihkan dan membuat jalan di Gunung Kinabalu minggu ini. Dan dikhabarkan mereka semua bergegas turun ke timpohon gate setelah berlaku 4 kli gegaran pada hari ini. Kumpulan ini telah selamat berada di Timpohon Gate.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Malim gunung tekad berkorban baiki laluan pendakian



RANAU 25 Jun – Tanpa banyak bertanya soal upah, para malim gunung sebaliknya sudah tidak sabar untuk terlibat dalam kerja-kerja membaiki laluan pendakian Gunung Kinabalu yang rosak akibat kejadian gempa bumi baru-baru ini.

Semuanya bagi membolehkan pendakian gunung tertinggi di Asia Tenggara itu kembali dibuka kepada orang ramai seberapa segera kerana di situlah mereka bergantung rezeki.

Ketua Biro Disiplin dan Tatatertib Persatuan Malim Gunung Kinabalu, Mauries D. Ubin berkata, malim gunung yang terdiri daripada anak tempatan itu bersikap terbuka untuk menjadi sukarelawan demi memastikan tempat bergantung rezeki mereka itu kembali dikunjungi orang ramai.

“Ada malim gunung yang langsung tidak bertanya berapa jumlah ganjaran yang akan mereka terima sekiranya diberi tugas membantu Taman-Taman Sabah membaiki laluan pendakian yang rosak.

“Malah ada yang menawarkan diri secara sukarela membaiki laluan pendakian di Gunung Kinabalu,” katanya yang ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Biro Kese­lamatan Persatuan Malim Gunung Kinabalu, Christopher Peter Edi berkata, tugas membaiki laluan pendakian tidak dianggap sebagai beban, malah bukti kecintaan malim gunung kepada gunung tertinggi di Asia Tenggara itu.

Menurutnya, kira-kira 250 orang malim gunung berdaftar dan mempunyai lesen menyambut baik cadangan kerajaan negeri memberi peluang kepada kumpulan penunjuk arah itu melaksanakan tugas membaik pulih laluan berkenaan.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

Previous Post Next Post