Gempa Bumi Susulan Ranau telah mencapai angka ke 100 selepas 23 Hari
KOTA KINABALU, 28 Jun (Bernama) -- Sebanyak 100 gegaran susulan direkodkan Jabatan Meteorologi sehingga awal pagi ini susulan gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter yang berpusat di Ranau pada 7.15 pagi, 5 Jun lalu.Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah Abd Malik Tussin berkata pada awal pagi tadi sebanyak tiga gegaran lemah berlaku iaitu pada 4.01 pagi, 4.25 pagi dan 6.09 pagi.
"Ketiga-tiga gegaran pagi tadi masing-masing berukuran 2.4, 2.4 dan 2.5 pada skala Richter," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata gegaran susulan itu berlaku antara 12 hingga 16 Kilometer di barat daya Ranau.
Kejadian gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter pada 5 Jun lalu itu mengorbankan 18 nyawa melibatkan 14 pendaki dan empat malim gunung, termasuk warga asing.
-- BERNAMA
Post a Comment