Sabah Dilaporkan Pernah Ada Gunung Berapi di Tawau dan Semporna

Kickbola.net
Fakta mengenai gunung kinabalu ialah pernah menjadi gunung berapi kira kira 7-8 juta tahun yang lalu sebelum mati atau menjadi dorman.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Bertentangan dengan pandangan bahawa Malaysia bebas dari lingkungan gunung berapi Asia Pasifik, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Ewon Ebin mendedahkan Sabah pernah berhadapan dengan gejala gunung berapi dan gempa bumi sebelum ini.

Namun menurut beliau kali terakhir berlaku letusan gunung berapi ialah sekitar puluhan ribu tahun lalu di Tawau dan Semporna.

Malah Gunung Kinabalu yang terbentuk 7-8 juta tahun lalu merupakan gunung berapi sebelum menjadi dorman atau mati.

Bagaimanapun Kementerian mengesahkan bahawa sehingga kini tiada tanda ia kembali menjadi aktif.


Dr Ewon juga menyatakan fenomena air berwarna hitam di Hot Spring merupakan fenomena biasa selepas gempa bumi disebabkan berlakunya percampuran tanah dan lumpur.

Sehingga jam 12 tengahari, 7 Jun 2015, Jabatan Metereologi mengesan 52 gempa bumi susulan telah berlaku dengan kekuatan antara 1.6 – 4.5 pada skala Ritcher.

Jabatan Meterorologi Sabah juga telah membuka Pusat Maklumat Gempa yang beroperasi 24 jam di Lapangan Antarabangsa Kota Kinabalu dan orang ramai boleh mendapatkan maklumat dengan menghubungi talian 088-413 690 @ 088-413 691.

Selain itu, MetMalaysia turut menyalurkan info semasa mengenai tragedi ini melalui akaun rasmi twitter mereka iaitu @malaysianmet

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.