Sayu Melihat Gunung Kinabalu Terluka
Ranau: Walaupun sebahagian besar lereng Gunung Kinabalu mengalami runtuhan teruk akibat gempa bumi sehingga kelihatan seperti lebuh raya, namun tiada empangan sementara atau tasik besar terbentuk di kawasan Ulu Sungai Mesilau, Ranau yang boleh mengundang bahaya kepada penduduk sekitar.
Pakar Geologi Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Felix Tongkul berkata, hasil pemerhatian dari udara menggunakan helikopter di sekeliling Gunung Kinabalu mendapati sebahagian besar lerengnya mengalami runtuhan teruk kecuali di bahagian timur ke arah Air Panas Poring, Ranau.“Runtuhan batuan dari atas gunung ‘melukakan’ permukaan gunung hingga mendedahkan batuan granit. Selain itu, pokok yang tumbuh di lereng gunung turut musnah, selain peninggalan kayu berkumpul di kaki gunung.
“Akibat jatuhan batuan, aliran bendasing dan banjir lumpur, anak sungai kini terdedah dasarnya dan kelihatan seperti lebuh raya dan keadaan itu memudahkan air sungai mengalir cepat jika hujan,” katanya.
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Post a Comment