Suasana pilu Sekitar Majlis pengebumian Malim Gunung Valerian Joannes

Suasana pilu Sekitar Majlis pengebumian Malim Gunung Valerian Joannes

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)





Suasana pilu menyelubungi kediaman malim Gunung Kinabalu, Valerian Joannes, 27, di Bundu Tuhan, di sini, hari ini.

Orang ramai termasuk dari luar daerah Ranau hadir untuk memberi penghormatan terakhir terhadap malim gunung itu yang terkorban dalam kejadian gempa bumi Jumaat lalu.


Turut hadir, Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun yang mengambil kesempatan untuk bertemu keluarga mendiang untuk memberi kata-kata semangat dan sokongan.


Kickbola.net Mendiang Valerian Joannes ialah malim gunung yang terkorban dalam kejadian gempa bumi di Gunung Kinabalu Jumaat lepas.

Mayat mendiang dibawa ke Gereja St Pius sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Katolik Bundu Tuhan, tengah hari ini.

Picture
Suasana pilu pengebumian malim gunung ORANG ramai hadir untuk memberi penghormatan terakhir terhadap malim gunung itu yang terkorban dalam kejadian gempa bumi pada Jumaat.

Bapa bangga Valerian laksana tugas dengan baik

“Saya berbangga anak mati dalam keadaan bermaruah dan menjadi hero negara,” kata ayah seorang mangsa gempa bumi di Gunung Kinabalu, Joannes Lubak, 55.

Kickbola.net Bapa kepada jurulatih aktiviti pendakian di Gunung Kinabalu, Valerian, 36, berkata, meskipun sedih dengan kejadian yang berlaku, dia berbangga dengan keberanian yang ditunjukkan anaknya itu.

Katanya, anak keempat daripada 10 adik beradik itu sentiasa bersemangat untuk menjalankan tugas di puncak Gunung Kinabalu. “Kali terakhir saya berjumpa dengan Valerian pada 30 Mei lalu semasa hari keluarga kami yang diadakan sempena sambutan perayaan Pesta Kaamatan.

“Perjumpaan itu diadakan di rumah kami di Kampung Bundu Tuhan, Ranau. Biarpun dia sudah tiada, saya tetap berbangga dengan tugas yang telah dilaksanakannya,” katanya yang ditemui di Hospital Queen Elizabeth (QEH), di sini hari ini.

Mengimbas kembali hari kejadian yang mengorbankan anaknya, kata Joannes, ketika itu dia berada di rumah.

Katanya, sebaik sahaja mengetahui kejadian tersebut pada pukul 3 pagi, dia terus menelefon Valerian.

“Semasa saya telefon, masih ada bunyi daripada telefon Valerian tetapi tidak dijawab. Mungkin dia sudah tiada ketika itu,” katanya.

Tambah Joannes, apa yang menyayat hati mereka sekeluarga adalah perancangan perkahwinan Valerian yang dijadualkan berlangsung pada November ini.


Katanya, anaknya itu sudah bertunang dengan seorang jururawat, Jessica Beronica Sikta, 25, dan merancang melangsungkan perkahwinan pada bulan tersebut.


Valerian merupakan jurulatih Via Feratta di Gunung Kinabalu sejak 2012.

Mayat mendiang Valerian akan dibawa pulang ke Kampung Bundu Tuhan untuk acara pengkebumian.

Mendiang Valerian Joannes ialah malim gunung yang terkorban dalam kejadian gempa bumi di Gunung Kinabalu Jumaat lepas.


Kickbola.net Tunang mendiang, Jessica Sikta, 25, berkata beliau pada mulanya tidak dapat menerima kenyataan terhadap apa yang berlaku kepada Valerian.

Lebih 200 orang beri penghormatan terakhir buat mendiang Valerian


Lebih 200 ahli keluarga dan sahabat handai hari ini hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Valerian Joannes, 27, malim gunung yang terkorban dalam kejadian gempa bumi Jumaat lepas.

Upacara yang dilakukan di rumah mendiang di Kampung Bundu Tuhan dekat Kundasang itu turut dihadiri Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun.

"Ketika menerima berita buruk (kejadian gempa) itu, saya sentiasa berdoa agar bukan dia (mendiang) yang terlibat dalam bencana itu.

"Tetapi sebaik tiba di Hospital Queen Elizabeth untuk proses pengecaman... saya pasrah disertai sedih menerima kenyataan bahawa dia (mendiang) sudah tiada," katanya ketika ditemui semasa upacara itu.

Jessica berkata pada kira-kira 9 malam, Khamis lepas, beliau sempat menghubungi mendiang tunangnya melalui panggilan video dan berbincang mengenai rancangan perkahwinan yang dijangka berlangsung November.

Difahamkan upacara sembahyang kepada mendiang Valerian akan dilangsungkan di gereja St Pius sebelum disemadikan di tanah perkuburan Kristian Kampung Bundu Tuhan.

Sementara itu, Azizah berkata anak-anak mangsa warga tempatan yang terkorban di Gunung Kinabalu akan menerima sumbangan kewangan.

"Jabatan Kebajikan Masyarakat sedang mendapatkan jumlah kanak-kanak yang terlibat dan sebaik selesai, bantuan itu akan disalurkan dalam kadar segera," katanya.


Setakat Ahad, 16 rakyat tempatan dan warga asing disahkan terkorban dalam gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter itu manakala dua lagi masih hilang. – Bernama, 8 Jun, 2015.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

Previous Post Next Post