Ranau: “Selepas mendapat berita buruk gempa bumi di Gunung Kinabalu, saya sentiasa berdoa agar bukan tunang saya yang meninggal dunia.
“Namun, saya terpaksa pasrah apabila membuat pengecaman mayat tunang saya itu di di bilik mayat Hospital Queen Elizebeth, Kota Kinabalu,” kata Jessica Sikta, 25, tunang malim gunung Valerian Joannes, 27, antara yang terbunuh.Menurut Jessica, tunangnya itu sangat komited dengan kerjayanya sebagai malim gunung.
"Saya bercakap dengannya kira-kira jam 9 malam sebelum hari kejadian. Kami berbual menggunakan panggilan video dan sempat berbincang mengenai perkahwinan kami yang dirancang November nanti," katanya ketika ditemui di Kampung Bundu Tuhan, di sini. hari ini.
Lebih 200 orang, termasuk ahli keluarga serta rakan sekampung membanjiri rumah Valerian di Kampung Bundu Tuhan untuk memberikan penghormatan terakhir hari ini.
Orang ramai mula datang ke rumah keluarganya seawal jam 8 pagi tadi dan dilihat turut bersedih dengan kematian Valerian yang disifatkan mereka sebagai mesra serta peramah dengan penduduk kampung.
Difahamkan, upacara sembahyang Valerian dilangsungkan pada jam 1 petang di Gereja St Pius di sini, sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Logkou selepas itu.
Mendiang Valerian Joannes ialah malim gunung yang terkorban dalam kejadian gempa bumi di Gunung Kinabalu Jumaat lepas.
Lebih 200 orang beri penghormatan terakhir buat mendiang Valerian
Lebih 200 ahli keluarga dan sahabat handai hari ini hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Valerian Joannes, 27, malim gunung yang terkorban dalam kejadian gempa bumi Jumaat lepas.Upacara yang dilakukan di rumah mendiang di Kampung Bundu Tuhan dekat Kundasang itu turut dihadiri Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun.
Tunang mendiang, Jessica Sikta, 25, berkata beliau pada mulanya tidak dapat menerima kenyataan terhadap apa yang berlaku kepada Valerian.
"Ketika menerima berita buruk (kejadian gempa) itu, saya sentiasa berdoa agar bukan dia (mendiang) yang terlibat dalam bencana itu.
"Tetapi sebaik tiba di Hospital Queen Elizabeth untuk proses pengecaman... saya pasrah disertai sedih menerima kenyataan bahawa dia (mendiang) sudah tiada," katanya ketika ditemui semasa upacara itu.
Jessica berkata pada kira-kira 9 malam, Khamis lepas, beliau sempat menghubungi mendiang tunangnya melalui panggilan video dan berbincang mengenai rancangan perkahwinan yang dijangka berlangsung November.
Difahamkan upacara sembahyang kepada mendiang Valerian akan dilangsungkan di gereja St Pius sebelum disemadikan di tanah perkuburan Kristian Kampung Bundu Tuhan.
Sementara itu, Azizah berkata anak-anak mangsa warga tempatan yang terkorban di Gunung Kinabalu akan menerima sumbangan kewangan.
"Jabatan Kebajikan Masyarakat sedang mendapatkan jumlah kanak-kanak yang terlibat dan sebaik selesai, bantuan itu akan disalurkan dalam kadar segera," katanya.
Setakat Ahad, 16 rakyat tempatan dan warga asing disahkan terkorban dalam gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter itu manakala dua lagi masih hilang. – Bernama, 8 Jun, 2015.
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Post a Comment