Tawaran Perodua Pemeriksaan Percuma Buat Pemilik Kenderaan Yang Terlibat Gempa Bumi Di Sabah

Kickbola.net Perodua Tawar Pemeriksaan Percuma Kepada Pemilik Kenderaan Yang Terlibat Gempa Bumi Di Sabah
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Perodua Tawar Pemeriksaan Percuma Kepada Pemilik Kenderaan Yang Terlibat Gempa Bumi Di Sabah

Atas rasa tanggungjawab terhadap nasib yang menimpa sebahagian penduduk Sabah selepas kejadian gempa bumi Jumaat lalu, Perodua mengumumkan tawaran pemeriksaan kenderaan secara percuma dan bantuan tunda kepada mangsa yang terlibat.

Bukan itu sahaja, pengeluar kereta kompak itu juga turut memberi potongan harga terhadap komponen kenderaan yang terpilih untuk pengguna Perodua yang berdepan dengan kerosakan kenderaannya.

“Harapan dan doa kami bersama penduduk Sabah ketika tempoh mencabar ini dan takziah kami ucapkan kepada keluarga mangsa," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh dalam satu kenyataan.

Malah Perodua akan membayar balik bayaran tunda ke Servis Perodua terdekat sehingga RM100 untuk pemeriksaan dan pembaikan.

Bukan itu sahaja, diskaun sehingga 20 peratus akan diberikan kepada pemilik jika alat ganti tulen kenderaan mereka rosak.


Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.