MH370

Terkini
.

Upacara Ritual Posogit Korbankan Kerbau Untuk Tenteramkan Penjaga Gunung Kinabalu

Kickbola.net
Upacara 'Posogit' Tenteramkan 'Penjaga' Gunung Kinabalu - Istiadat, Upacara Monogit atau Upacara Ritual Momirunait menjalankan sogit Akinabalu. Upacara sogit hari ini berjalan dengan lancar. Bobolian telah menjalankan ritual bagi menenangkan roh Aki Nabalu. Dua acara berasingan dalam misi yañg sama, di Timpohon Gate dan Bt 3 jalan Mamut, Ranau.
Upacara Ritual Posogit Korbankan Kerbau Untuk Tenteramkan Penjaga Gunung Kinabalu

TAMAN KINABALU: Majlis Penasihat Gunung Kinabalu melakukan satu upacara 'Posogit' hari ini yang mengikut kepercayaan penduduk tempatan di sini bertujuan menyeimbang dan mententeramkan 'penjaga' gunung Kinabalu susulan kejadian gempa bumi di Ranau, pada 5 Jun lepas.

Upacara berkenaan diketuai seorang bobolian (dukun) dari Kampung Bundu Tuhan, Abas Arinting, 93, bersama sepuluh ahli penasihat dari kampung sama dan Kampung Kiau.


Seekor kerbau dikorbankan untuk upacara berkenaan yang berlangsung selama 30 minit bermula 8.25 pagi di kawasan Timpohon, yang merupakan lokasi pelepasan pendaki gunung Kinabalu di Taman Kinabalu.


Menurut kepercayaan penduduk kaum Dusun di sini, korban seekor kerbau itu untuk dipersembahkan kepada penunggu gunung Kinabalu.


Bobolian turut menggunakan peralatan 'lumai' sebagai alat komunikasi berhubung dengan penunggu gunung Kinabalu.

Penyelaras upacara itu Johnny Ghani, berkata upacara ini bagi memulihkan kesan 'kemudaratan' Gunung Kinabalu berikutan pelanggaran adat di kawasan itu antaranya kejadian pelancong asing berbogel.


"Dalam bahasa tempatan, saya boleh katakan upacara ini bagi memulihkan kesan kemudaratan yang tersirat di gunung Kinabalu dan mengembalikan keadaan yang panas menjadi sejuk semula," katanya ketika ditemui selepas upacara itu.

Upacara dimulakan dengan bobolian mencari tempat sesuai melakukan upacara itu diikuti penyembelihan seekor kerbau yang dikorbankan.


Hanya bahagian hati, jantung, sedikit daging dan hujung hidung kerbau diambil untuk upacara itu manakala lebihan daging kerbau dimasak untuk dijadikan juadah dalam majlis ringkas dihadiri penduduk kampung di Taman Kinabalu.

Johnny yang merupakan ahli Penasihat Gunung Kinabalu berasal dari Kampung Bundu Tuhan berkata pelaksanaan upacara itu juga bertujuan memberi ketenangan dan keharmonian kehidupan penduduk di kawasan kaki sekitar Gunung Kinabalu.

Sementara itu, Pengurus Taman Daratan Taman-Taman Sabah (TTS) Maipol Spait berkata pelaksanaan upacara itu merupakan sumbangan pihaknya kepada komuniti sekitar Gunung Kinabalu dalam usaha penjagaan adat istiadat menerusi Majlis Penasihat Gunung Kinabalu.

Katanya bagi TTS, upacara itu dibuat sebelum kerja-kerja pembaikan laluan ke gunung Kinabalu dan kerosakan lain dilakukan berikutan kejadian gempa bumi pada 5 Jun lepas.

Tragedi gempa bumi berskala 5.9 Richter itu telah mengegarkan Sabah sekali gus meragut 18 nyawa serta mengakibatkan kerosakan harta benda di kawasan terjejas bencana, terutama di Ranau.

Daripada 18 mangsa yang terkorban dalam kejadian gempa bumi itu, sembilan daripadanya adalah warga Singapura, enam warga Malaysia, seorang masing-masing dari Jepun dan China manakala seorang merupakan warga Filipina yang menjadi residen tetap di Singapura.


Upacara korban (monogit) sedang berjalan sekarang ini di batu tiga jln mamut, Ranau.

Kerbau Dikorbankan Untuk Ritual Di Gunung Kinabalu

KOTA KINABALU: Kerbau akan dikorbankan sebagai sebahagian daripada ritual untuk menenangkan roh-roh Gunung Kinabalu dalam satu perhimpunan serentak yang diadakan di kaki bukit gunung itu awal hari Sabtu.


Setiausaha Kerja Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA),  Benedict Topin berkata ritual monolob itu akan diadakan di Taman Kinabalu, Kundasang dan di Mamut, Ranau kira-kira pukul 8 pagi.

Pengerusi Persatuan Malim Gunung Kinabalu Richard Soibi berkata upacara di Taman Kinabalu akan diadakan di kawasan terbuka berhampiran pintu gerbang Timpohon di kaki gunung.


Katanya, kerbau akan disembelih ketika upacara ritual yang akan dijalankan oleh Bobolian (pawang Kadazandusun), sambil menambah majlis tersebut dianjurkan oleh penduduk di Kampung Bundu Tuhan, yang terletak bersebelahan dengan Taman Kinabalu.


Selepas penyembelihan kerbau, Bobolian akan menyerahkan bahagian organ haiwan kepada dua malim gunung berpengalaman yang akan membawanya ke lokasi di atas gunung.

Kerbau yang disembelih kemudian akan dilapah dan dagingnya yang telah dimasak akan dikongsi di kalangan mereka yang menghadiri upacara itu.


Benedict berkata upacara monolob di Mamut, di mana tujuh ekor kerbau dikorbankan, telah dianjurkan oleh penduduk dari seluruh kawasan itu.


Masyarakat etnik Lotud mengadakan upacara serupa untuk menenangkan semangat gunung pada Selasa.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, yang juga pemimpin agung Kadazandusun berkata Gunung Kinabalu, yang dianggap suci bagi masyarakat pribumi Sabah, telah dirosakkan oleh 10 warga asing yang berbogel di atas gunung itu pada 30 Mei.

Hanya seminggu kemudian, gempa bumi magnitud 5.9 menggegarkan Gunung Kinabalu, menyebabkan 18 orang, termasuk empat malim gunung terbunuh.


Upacara Ritual Posogit Korbankan Kerbau Untuk Tenteramkan Penjaga Gunung Kinabalu Reviewed by admin Ucop on 10:40 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sabahup2date © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.