05/06/15 - 05/07/15
Bermula dengan goncangan maut gempa bumi, disusuli muntahan banjir lumpur sebelum gelombang taufan membadai.Tapi yang tetap akan diingati, SABAHAN TERUS TEGUH BERSATU MENGHADAPINYA BERSAMA-SAMA.
Terima kasih yang sudah memberi bantuan.
Terima kasih Sarawak
Terima kasih Johor
Terima kasih Malaysia
Terima kasih Singapura
Terima kasih Semua,
AND MOST OF ALL THANKS TO ALL SABAHAN.
#KeepPraying4Sabah
Bantuan mangsa gempa Sabah diperlukan segera - PENDUDUK bergotong royong menyampaikan bantuan mangsa gempa bumi Sabah.
Dana Bantuan Gempa Bumi Kinabalu memang diperlukan bagi membantu mangsa-mangsa gempa bumi yang melanda beberapa kawasan di sekitar Gunung Kinabalu sejak beberapa minggu lalu.
Pengerusinya, Tan Sri Simon Sipaun berkata, lebih banyak bantuan yang diterima, lebih ramai mangsa gempa bumi dapat dibantu.
"Mengikut kiraan mangsa di kampung Kiau Nuluh dan dua kampung berdekatan di Kota Belud, terdapat lebih 102 buah rumah atau lebih 1,000 yang menjadi mangsa gempa.
"Lebih banyak sumbangan yang kami dapat, lebih ramai mangsa yang akan menerima bantuan tetapi kalau sedikit, mangsa tetap dapat bantuan tetapi dalam jumlah yang tidak banyak terutama makanan," katanya.
Simon ditemui ketika menyampaikan bantuan kepada mangsa gempa bumi Sabah di Kampung Kiau Nuluh, Kota Belud yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri Kapayan, Dr. Edwin Bosi.
Ujar Simon, pihaknya menerima apa juga bentuk sumbangan tidak kira dalam bentuk wang tunai, pakaian mahupun makanan.
Bercakap tentang gegaran yang berlaku, beliau berkata, seperti yang dimaklumkan, sehingga hari ini, sebanyak 102 gegaran telah dirasai penduduk setempat.
"Kata penduduk, setiap kali berlaku gegaran, mereka berdebar kerana bimbang apa akan berlaku seterusnya.
"Saya tak mengalaminya tetapi saya dapat rasakan bagaimana perasaan mereka apabila berada dalam keadaan yang menakutkan itu walaupun cuma gegaran kecil,” katanya.
Sehubungan itu, Simon berharap, lebih ramai masyarakat akan tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa gempa bumi di Sabah.
"Tidak kira di mana bantuan itu disalurkan. Yang penting, semua bantuan itu sampai kepada mereka yang menjadi mangsa gempa," katanya.
Post a Comment