Hentikan Penyebaran Foto Gambar Palsu Mangsa Ditemui dalam Parit, Identiti Wanita Belum Dikenal Pasti – OCPD Penampang

Kickbola.net Apa baini...napa ada yang suka2 pigi copy paste gambar sumandak lain trus kait sama kejadian yang sna Jalan Bundusan tu... kes bosan ka,atau mo kasi main2.. Bikin orang marah oh sama risau... Ba nanti ketulahan kamu tu.. Kalau kna betul2 sama kamu dan orang yang ada kaitan sama kamu,macam mana? Jangan boh gia gitu ..... Yadadadada!
Hentikan Penyebaran Foto Gambar Palsu Mangsa Ditemui dalam Parit, Identiti Wanita Belum Dikenal Pasti – OCPD Penampang

Penampang 10 Julai - Identiti wanita yang ditemui cedera parah dan terbaring di dalam parit tanpa pakaian oleh orang ramai di Penampang, tengah hari tadi, belum dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah (OCPD) Penampang DSP Rosley Honden berkata mangsa kini masih menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth.

“Butiran (identiti) mangsa setakat ini belum dapat dipastikan sebab (mangsa) hanya diam dan trauma.

“Mangsa perlu sedikit masa untuk pulih. Harap bersabar,” kata Rosleh ketika memberi maklum balas kepada media melalui aplikasi Whatsapp.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah. — BERNAMA

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.