Keadaan Terkini Rozaimi Abdul Rahman

Kickbola.net
Ketua Menteri, yang yang juga Presiden SAFA, Datuk Seri Musa Aman, sebentar tadi meluangkan masa melawat penyerang pasukan Sabah, Rozaimi Abdul Rahman yang kini dirawat di sebuah hospital KPJ Sabah selepas terbabit dalam kemalangan, di sini, semalam.
Musa Aman melawat Rozaimi Abdul Rahman di hospital

Beliau dilaporkan semakin stabil dan masih menjalani rawatan susulan daripada pihak perubatan di KPJ Sabah.

I ni pula nasib malang yang menimpa penyerang skuad Sabah dan bawah 23 tahun negara, Mohd Rozaimi Abdul Rahman, 23 tahun, yang cedera parah apabila kenderaan yang dinaikinya terbabit dalam kemalangan jalanraya di kilometer 3.5 Jalan Tuaran, Kota Kinabalu.

Beliau kini telah dipindahkan ke KPJ Kota Kinabalu daripada QEH II untuk rawatan lanjut.

Keadaan Rozaimi dilaporkan stabil dan kini dirawat di Hospital Pakar KPJ Kota Kinabalu, sementara seorang lagi mangsa yang juga saudaranya, Aawangku Mohd Farris Mahamud disahkan meninggal dunia malam tadi.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, sebentar tadi meluangkan masa melawat penyerang Sabah, Rozaimi Abdul Rahman yang kini dirawat di sebuah hospital swasta selepas terbabit dalam kemalangan, di sini, semalam.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) tiba di hospital berkenaan kira-kira jam 12.40 tengah hari dengan disertai ahli majlis tertinggi SAFA.

Musa turut mendengar taklimat daripada doktor berhubung keadaan terkini Rozaimi selain memberi semangat kepada ahli keluarga pemain terbabit.

Menurut Ketua Polis Kota Kinabalu, ACPM Chandra, kenderaan jenis Honda Civic yang dinaiki Rozaimi dan dipandu dari arah Inanam ke Kota Kinabalu, secara tiba tiba hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kiri jalan lalu melanggar sebatang pokok dan tiang telefon sebelum merempuh tembok sebuah rumah.

Selain KM Sabah, Adun Bongawan, YB Mohamad Hj Alamin, TC Goh dan Mike Mulvey turut melawat Rozaimi hari ini.

Kenderaan berkenaan dipandu oleh anak buah Rozaimi dikenali Awangku Mohd Farris Mahamud, 21 tahun yang juga bekas pemain bawah 19 tahun Sabah.

Sepasukan anggota bomba dikejarkan ke lokasi untuk mengeluarkan kedua dua mangsa yang tersepit di dalam kenderaan.

Rozaimi dan Mohd Farris kemudiannya dikejarkan ke wad kecemasan Hospital Queen Elizabeth ll Kota Kinabalu.


Rozaimi yang cedera di bahagian kepala, bahu dan rusuk dilaporkan sudah mula sedarkan diri.


Antara yang melawat Rozaimi di hospital ialah jurulatih Sabah, Mike Kulvey, Pengurus Pasukan Datuk T.C Goh serta Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Sabah, Alijus Sipil.

Kira kira jam 6.27 petang semalam, Rozaimi dipindahkan ke Hospital Pakar KPJ Kota Kinabalu untuk rawatan susulan.

Anak buah Rozaimi, Awangku Mohd Farris pula disahkan Persatuan Bola Sepak Sabah, meninggal dunia pada sebelah malam.

Rozaimi penyerang skuad bawah 23 tahun negara pernah dinobatkan 10 pemain terbaik Asia suatu ketika dulu.

Sentuhan berbisanya paling diingati apabila muncul penjaring terbanyak ketika membantu skuad bawah 23 kebangsaan menjuarai Pestabola Merdeka di Stadium Darulmakmur Kuantan pada tahun 2013.

Namun kebelakangan ini beliau kerap disenaraikan sebagai pemain simpanan Sabah ekoran masih dibelenggui kecederaan yang menghadkan penampilannya dalam liga bolasepak tempatan.

Rozaimi kini dilaporkan stabil namun perlu terus mendapat perhatian doktor.

Mari kita terus berdoa untuk Rozaimi.

 ‪#‎Pray4Rozaimi‬ ‪#‎sabahrhinos‬

Ayuh semua penyokong Sabah..!! Kita penuhkan Stadium Likas malam ni. Perjuangan dan semangat allahyarham Fariss selama ni untuk meningkatkan mutu bola sepak sabah perlu diteruskan.

AL-FATIHAH. Kita doakan supaya Rozaimi cepat sembuh.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.