Kemalangan 2 lori dan Double Cap di Batu 5 Jalan Apas Tawau

Kickbola.net
Kejadian Semasa Kemalangan di Lokasi Batu 5 Jalan Apas, Tawau | Kejadian berlaku di Batu 5 Jalan Apas, sekitar jam 1pm tengahari, admin difahamkan tayar lori trailer tersebut pecah dan terbabas bertentangan arah lalu merempuh dump truck berwarna merah. Pemandu dump truck terjepit dan belum diketahui keadaan mangsa. (Any info about this case, please share it to us). Sila berhati-hati dijalan raya dan pastikan kenderaan anda dalam keadaan baik
30 minit keluarkan pemandu lori tersepit

TAWAU – Anggota bomba terpaksa mengambil masa 30 minit untuk mengeluarkan seorang pemandu lori yang tersepit dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Batu 4, Jalan Apas, di sini tengahari tadi.

Dalam kejadian itu, dua buah lori dan sebuah pacuan empat merempuh antara satu sama lain dan mengakibatkan mangsa, Frickey Anak Musin, 23, yang juga seorang pemandu lori patah kaki kanan akibat kemalangan itu.


Mengesahkan perkara itu, Pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Tawau Mohd. Razali Awang Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 12.17 tengah hari dan bergegas ke tempat kejadian dengan kekuatan seramai sembilan anggota bersama tiga jentera.


Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan itu. - foto ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Tawau

Menurutnya, pihak bomba terpaksa menggunakan peralatan khas bagi merenggang dan memotong besi bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.



“Bomba mengambil masa 30 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit. Tiada kemalangan jiwa dan kes ini masih lagi disiasat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Ekoran kemalangan itu, berlaku kesesakan teruk beberapa kilometer menuju ke pusat bandar kerana kenderaan tersebut menghalang keseluruhan laluan menuju ke pusat bandar.


Dalam pada itu, beliau menegaskan orang awam agar tidak mengeluarkan mangsa tersepit jika berlaku kemalangan tanpa kehadiran pihak bomba atas sebab mangsa kemalangan boleh mengalami kecederaan lebih serius.


Lokasi kejadian kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Batu 5 Jalan Apas, Tawau. foto ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Tawau

Melibatkan 2 lori 1 kereta double cap.


Setakat nie dikatakan pemandu dan penumpang mengalami cedera parah dan masih dalam tempoh menyelamatkan mangsa yang tersepit.


Dinasihatkan buat pemandu yang mengantuk untuk beristirahat sebentar di tempat berteduh dan menyambung kembali perjalanan susudah segar mata memandang.

Malang tidak berbau!

Berhati-hati juga buat pengguna jalan raya yang lain. Ingatlah orang tersayang lagi-lagi di musim ketibaan perayaan yang bakal menjelang.

Doakan moga mangsa yang terlibat terselamat dari kemalangan jiwa.




Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.