Komuniti Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) Harus Elak Pakai Uniform Celoreng

Kickbola.net
Orang Ramai Jangan Pakai Uniform Celoreng
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Orang Ramai Jangan Pakai Uniform Celoreng

KINABATANGAN - Orang ramai, khususnya komuniti Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) dinasihatkan supaya tidak memakai pakaian yang menyerupai uniform pasukan keselamatan atau celoreng kerana ia boleh mengundang salah sangka identiti.

Ketika membuat gesaan itu, Timbalan Pengarah Perisikan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Asisten Komisioner Hashim Justin berkata pemakaian pakaian seumpama itu adalah salah di sisi undang-undang.



Beliau berkata bahagian perisikan Esscom menerima banyak maklumat berhubung dakwaan penduduk tempatan yang dikatakan melihat 'orang berpakaian celoreng" di kawasan ladang termasuk di daerah Kinabatangan baru-baru ini.

"Setelah diperiksa, rupa-rupanya orang yang memakai celoreng itu adalah pekerja ladang atau pemburu.

Namun dakwaan ini menimbulkan kegemparan dan ketakutan di kalangan penduduk tempatan kerana penjenayah rentas sempadan dan kumpulan pengganas Sulu memakai pakaian yang serupa.


"Jadi, saya minta orang ramai supaya tidak memakai celoreng demi kebaikan dan keselamatan kita semua," katanya ketika menyampaikan taklimat keselamatan pada majlis Iftar dan penyampaian bantuan Baitul Maal Dun Sukau oleh Adun kawasan itu Datuk Saddi Abd Rahman di Masjid daerah Kinabatangan, dekat sini, malam tadi.

Hashim turut memperjelaskan ancaman yang dihadapi oleh Esscom di Esszone, terutama pencerobohan bersenjata dan jenayah rentas sempadan atau penculikan.

"Orang yang bertanggungjawab melakukan jenayah penculikan ini adalah warga asing dari selatan Filipina yang dibantu oleh tali barut atau pendatang tanpa izin (Pati) yang sudah berada di Sabah.

"Dalam hal ini, Esscom tidak boleh menangani masalah ini secara bersendirian. Semua pihak perlu bersatu dan bekerjasama, termasuk melaporkan kehadiran Pati di kawasan masing-masing," katanya.


Hashim berkata bukan mudah mengawal Esszone yang mempunyai kawasan pantai yang panjang.


Esszone meliputi 1,733.7 kilometer yang merangkumi daerah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, dan Tawau. - Bernama

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.