GST: Surat terbuka Norfatihah Rahimee pelajar sekolah untuk Perdana Menteri Malaysia viral di laman sosial

Kickbola.net
GST: Surat terbuka pelajar sekolah untuk PM viral di laman sosial - Isi kandungan surat berkenaan yang jujur dan menyentuh hati pantas menjadikan ia viral. - Sumber Foto Facebook
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



GST: Surat terbuka pelajar sekolah untuk PM viral di laman sosial

Usia yang masih muda dan masih berada di bangku sekolah bukan alasan untuk tidak mengambil tahu isu yang berbangkit dalam negara.

Itu yang dibuktikan oleh surat ini yang tersebar di laman sosial ini.

Maklumat di Facebook menyatakan ia ditulis oleh seorang pelajar sebuah sekolah menengah.

Difahamkan, ia pada mulanya dimuat naik ke laman Facebook milik seorang guru.

Picture
Yang Berhormat Dato' Sri Haji Najib Razak

Namun isi kandungan surat berkenaan yang jujur dan menyentuh hati pantas menjadikan ia viral.

Surat berkenaan merupakan satu tugasan daripada guru subjek Bahasa Inggeris, dengan arahannya berbunyi, "Tulis satu mesej ringkas untuk Perdana Menteri tentang GST".

Dalam surat tersebut, pelajar bernama Norfatihah Rahimee itu memaklumkan dia merupakan anak yatim, berasal daripada keluarga yang susah serta punya adik beradik yang ramai.

Kata Fatihah, dia dapat merasakan beban yang ditanggung keluarganya selepas GST dilaksanakan.

Dia juga menaruh harapan agar kerajaan dapat melakukan sesuatu untuk mengurangkan beban yang ditanggung rakyat.

Cukai Barang dan Perkhidmatan, GST pada kadar enam peratus mula dilaksanakan 1 April lepas bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (CJP) yang berkadar keseluruhan 16 peratus.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.