Mayat wanita ditemui terapung di laut perairan Sipitang

Kickbola.net
Mayat wanita ditemui terapung di laut perairan Sipitang
Mayat wanita ditemui terapung di laut

SIPITANG – Satu mayat wanita ditemui terapung oleh sekumpulan nelayan tempatan di perairan Sipitang di sini kira-kira jam 7.26 pagi tadi lalu menghubungi pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

“Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima makluman itu kemudian segera ke lokasi kejadian dengan menaiki sebuah bot,” kata Ketua Balai Bomba Sipitang, Mohd Rizzan Jefri di sini hari ini.

Mangsa yang dikenali sebagai Hajah Jodah Bte Fakar, berumur dalam lingkungan 60an, sebelum ini telah dilaporkan hilang kira-kira jam 7.33 malam semalam selepas keluar memancing ikan di kawasan pantai Metintaman di sini.

“Menurut laporan yang diterima, mangsa yang juga warga emas itu telah keluar memancing bersama dua orang lagi rakannya di kawasan pantai berkenaan,” katanya.

Difahamkan, ketika sedang memancing mangsa telah menyeberang ke kawasan berbatu lain di pantai itu seorang diri, sebelum disedari hilang oleh keluarganya apabila mangsa tidak balik ke rumah selepas jam 2 petang.


Anggota penyelamat mengusung mayat seorang wanita warga emas yang ditemui mati lemas. Gambar kecil menunjukkan lokasi mangsa dilaporkan hilang ketika memancing.

“Dua orang rakan cuba mencarinya di kawasan berbatu itu, namun gagal menemui mangsa,” katanya lagi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima laporan daripada keluarga mangsa kemudian segera menjalankan operasi mencari dan menyelamat dengan dibantu pasukan polis dan orang kampung. Mayat mangsa yang ditemui kira-kira 10 kilometer dari lokasi dilaporkan hilang itu kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.