MH370

Terkini
.

Musa Aman kunjung keluarga allahyarham Awangku Mohd Farris

Kickbola.net
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Musa bin Haji Aman berkunjung ke rumah keluarga allahyarham Awangku Mohd. Farris Mahamud di Kampung Likas. - foto ihsan JKM
Musa lawat Rozaimi, keluarga allahyarham Awangku Mohd. Farris

KG LIKAS – Nasib menimpa pemain bola sepak Sabah, Rozaimi Abdul Rahman yang cedera parah dalam kemalangan jalan raya, semalam, mendapat perhatian Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman yang meluangkan masa melawatnya di Pusat Kesihatan KPJ, di sini hari ini.

Kemalangan itu turut mengorbankan nyawa sepupu Rozaimi yang juga bekas pemain Sabah Bawah 19 Tahun, allahyarham Awangku Mohd.

Selepas melawat Rozaimi, saya menziarahi pakcik Mahamud Sulaiman, ayah kepada Allahyarham Agku Mohd. Farris dan keluarga mereka, di Kampung Likas. Semoga tabah menerima ketentuan-Nya dan mendoakan roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT. Alfatihah

Dalam kejadian tersebut yang berlaku di Kilometer 3.5 Jalan Tuaran berhampiran SJKC Shan Tao, kereta Honda Civic yang dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar sebatang pokok serta merempuh dinding sebuah rumah di lokasi kemalangan.

SALAM TAKZIAH, Admin kira, ramai yang terkesan dengan cerita kemalangan yang berlaku membabitkan pemain bola sepak berbakat negeri kita. Walau apa jua situasinya, kita doakan agar Allahyarham Awangku Mohd Farris Mahmud ditempatkan bersama mereka yang beriman. Allah lebih menyayangimu.. Semoga seisi keluarga dianugerahi ketabahan oleh yang Maha Mengetahui.. Al-Fatihah.

Dalam perkembangan berkaitan, Musa yang diiringi pegawai Persatuan Bola Sepak Sabah (Sabah FA) turut berkunjung ke rumah keluarga allahyarham Awangku Mohd.Faris, dan bertemu bapa mangsa iaitu Mahamud Sulaiman dan Dayang Pariam Awang Taib di Kampung Likas.

Musa diiringi beberapa pegawai Sabah FA meluangkan masa melihat keadaan Rozaimi di Pusat Kesihatan KJP. – foto ihsan JKM

Selepas penangguhan sidang Dewan Undangan Negeri, saya bersama pengurusan SAFA melawat pemain kita, Rozaimi Abd Rahman yang cedera kemalangan. Dengan doa dan sokongan moral kita semua, semoga Rozaimi dapat menjalani rawatan susulan dengan baik, cepat sembuh dan kembali pulih. - Musa Aman.

Musa Aman kunjung keluarga allahyarham Awangku Mohd Farris Reviewed by admin Ucop on 5:57 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sabahup2date © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.