Pemain Piala Presiden Sabah, Awangku Mohd Farris Mahmud sah meninggal dunia

Dalam kejadian 1.30 petang itu, kereta yang dipandu mangsa bersama bekas penyerang Harimau Muda Md Rozaimi Abdul Rahman dalam perjalanan dari Inanam menghala ke pusat bandar raya sebelum terbabas lalu merempuh pokok, tiang telefon dan tembok konkrit.

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


Awangku Mohd Farris Mahmud sah meninggal dunia selepas 7 jam.

Play media
Awangku Mohd Farris Mahmud

Pemain Piala Presiden Sabah, Awangku Mohd Farris Mahmud sah meninggal dunia. Al- Fatihah!

Dengan Penuh hiba dan rasa sedih, dimaklumkan Awangku Mohd Farris bin Mahamud telah meninggalkan kita pada pukul 8.37 malam tadi. Sabahup2date mengucapkan Salam takziah dan semoga keluarganya tabah menghadapi saat-saat yang sukar ini. Mari kita sedekahkan doa mengikut kepercayaan masing-masing.

Selepas bertarung nyawa hampir tujuh jam, pemain Piala Presiden Sabah, Ak Mohd Farris Mahamud, 21, yang terbabit dalam kemalangan di kilometer 3.5 Jalan Tuaran, Kota Kinabalu, disahkan meninggal dunia, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra berkata, mangsa disahkan meninggal dunia 8.37 malam tadi selepas menerima rawatan.

"Mangsa dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) petang tadi, selepas kereta yang dipandunya terbabit dalam kemalangan 1.30 petang.

"Pada 8.37 malam tadi, Farris disahkan meninggal dunia," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


Dalam kejadian 1.30 petang itu, kereta yang dipandu mangsa bersama bekas penyerang Harimau Muda Md Rozaimi Abdul Rahman dalam perjalanan dari Inanam menghala ke pusat bandar raya sebelum terbabas lalu merempuh pokok, tiang telefon dan tembok konkrit.


Akibat kejadian itu, Farris dan Rozaimi yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala kemudian dikejarkan ke HEQ II untuk rawatan lanjut.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.