Penyeluk Saku Warga Vietnam Terkantoi Di Suria KLCC

Kickbola.net
Friends.. watch out for pick pockets during shopping. Pura2 mghimpit org padahal menyeluk beg ambil dompet. Salah seorang rakan suspek berjaya melarikan diri, manakala dua lagi berjaya diberkas dengan bantuan pengawal keselamatan/Foto:FB - Penyeluk Saku Warga Asing 'Terkantoi' Di KLCC
Penyeluk Saku Warga Asing 'Terkantoi' Di KLCC

Suria KLCC: Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga!

Kegiatan tiga penyeluk saku dipercayai warga Vietnam yang aktif melakukan jenayah tersebut akhirnya tumpas apabila mereka berjaya ditangkap di pusat membeli belah terkenal, Kuala Lumpur City Centre (KLCC), di sini baru-baru ini.

Perkara tersebut dikongsi seorang mangsa, Jannah Adam Thevan menerusi laman sosial Facebooknya semalam.

Menurut mangsa, kejadian berlaku pada 5 Julai lalu di sebuah butik di KLCC apabila dia didatangi seorang wanita yang tidak dikenali.

Bagaimanapun, dia pada mulanya tidak menyedari perbuatan suspek yang bertindak mencuri dompetnya sehingga beberapa minit kemudian menyedarinya ketika ingin membuat pembayaran di sebuah kedai berdekatan dengan butik yang dikunjunginya itu.

“Ketika saya berada di butik Zara sedang memilih beberapa pakaian, saya menyedari seorang wanita berusia berdiri dekat dan menolak saya.

“Beberapa minit kemudian, wanita tersebut menghilangkan diri. Saya sambung mencari pakaian untuk beberapa minit lagi sebelum memutuskan untuk keluar dari Zara.

“Saya pergi ke Kiosk Mark & Spenser untuk membeli coklat dan biskut yang terletak di hadapan butik Zara. Ketika ingin membuat pembayaran, saya baru menyedari bahawa dompet saya telah hilang,” tulisnya dalam entri tersebut.

Menyedari dompetnya hilang, dia bergegas kembali ke Zara dan mendapatkan pertolongan pengurus butik tersebut.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan wanita terbabit bersama dua rakannya telah mencuri dompetnya sebelum meninggalkan butik tersebut.

Bagaimanapun, niat suspek untuk meneruskan kegiatan mereka di sebuah kedai berhampiran menjerat diri apabila mereka dikesan oleh seorang wanita lain yang turut menjadi mangsa di butik yang sama, sehari sebelum insiden menimpa Jannah.

Namun, salah seorang rakan suspek berjaya melarikan diri, manakala dua lagi berjaya diberkas dengan bantuan pengawal keselamatan.

Jelas Jannah lagi, suspek bagaimanapun merayu untuk dilepaskan dengan berjanji akan memulangkan semula wang yang dicuri oleh mereka tetapi tidak diendahkan olehnya.

Difahamkan, suspek dibawa ke Balai Polis Dangi Wangi untuk siasatan lanjut.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.